Pages

Wednesday, December 14, 2011

JIRAN oh JiRan

Assalammualaikum &  salam sejahtera,

 Maaf..lama dh tak update. Agak sibuk sekarang ini.
Cari itu..cari ini.. tup-tup dah berbulan bersarang blog ini..

Ini nak cerita rumah saya sewa pula...  Bukan nak komen lebih-lebih... tapi rasa saya ada hak nak komen rumah yg di sewa memandangkan harga sewa yg mahal berbanding saiz rumah yer..

1) Persekitaran yang bagus... kejiranan pun bagus...

2) Keadaan rumah yang tidak memuaskan. Hari pertama masuk rumah tu, banjir lantai untuk masuk ke rumah.. rupa yer ada kebocoran dari toilet atas... mula-mula rasa geli jugak, ingt air kotor, lepas siasat betul-betul dgn en suami, rupa yer air paip dr luar yg bocor.. sampai saat yg saya menulis ni... masih lagi tidak diperbaiki... Sangat menyusahkan.. akan merosakan perabot rumah saya dan menyebabkan rumah saya lembab sentiasa. Waku ini juga la en kulat suka duk kat perabot kayu-kayu di rumah..penat tiap-tiap minggu mengelapkan yer... sgt tak bagus!! tuan rumah pula mengharapkan kotraktor yer yang buat.

3) Jiran memang bagus.. tapi saya pelik, jiran sebelah rumah ni. Sebelah jer.. tak mesra langsung. Byk juga buat saya sakit hati. Pertama sekali tentang kebersihan... Ya Allah bersabar la saya sgt-sgt. sampah bersepah-sepah. Saya rasa saya belum ada anak lagi, tapi boleh ckp tiap-tiap minggu mesti ada pampers di depan pintu gate rumah. Ada sekali saya membebel tentang ni. Baru la tak nampak pampers dah tak bersidai depan rumah saya. Satu lagi..suka suki jer nak buang sampah dlm tong sampah saya... bila saya nak buang sampah..kan dh penuh..... Selamber gila la jiran ni. Ada satu hari tu, saya nak buang sampah, tiba-tiba anak jiran saya ni pun buang la sampah.. bole tunggu saya buang dulu, lepas tu nak buang sampah dlm tong saya..lepas tu senyum-senyum.... sabar jer la. Yang ke-2 tentang parking. Saya pun tak tahu la, dia ni kaya sangat kot, or isi rumah dia ramai. Kereta ada 5 biji. Bukan yer kete jenama malaysia yer seperti saya, CRV,BM, Civic and so on la. Parking luar rumah tu asyik berebut jer. Bukan jer depan rumah saya, semua yang jiran lain pun sama. Nak letak kat depan rumah tak cukup, terpaksa la pinjam parking jiran pula. Ada sekali tu, saya baru balik dari kerja dan balik tu singgah beli barangan dapur. Balik-balik rumah dgn hujan lebat yer, dengan payung tertinggal, dan saya nak parking depan rumah dah ada kereta jiran sebelah ni. Yang parking lain pun dia ambik. Saya terpaksa parking kereta di taman permainan yg agak jauh dari rumah. Angkat barang-barang semua berjalan dalam hujan. Saya geram sangat, buat bising depan pintu pagar depan rumah supaya jiran sebelah saya tu dengar!! paus hati sikit. Dah tak tahan. Sangat teruk kalau mcm ni. Saya ingat saya jer ada problm dgn jiran ni.rupa yer satu taman ada problm dgn dia, sebab suka ambik parking rumah lain.Patut la.

4) Perumahan rumah saya ni agak lama sikit. So masalah serangga dan cik CT ni memang kronik. Mula-mula masuk rumah tu, saya dah sembur sheltox untuk menghalau serangga dan lipas selama 6 bulan. Alhamdulilah , lipas memang tak der, kalau saya jumpa tentu dh mati.hehehe. Masalah yer skrg, cik CT pula suka masuk.Walaupun saya dh sumbat kain-kain di bawah pintu, bole juga dia masuk. Kesian stor saya, mesti ada cik CT dah. 1 hari, en suami menjumpai cik CT dah mati kat luar rumah. Oh.... bau yer, jgn ckp la...busuk giler... Siasat punya siasat, rupa yer kucing yang bawa ke rumah kami.. sangat sedih. Oleh itu, en suami kata, kami perlu ada kucing supaya tikus tak berani ada di rumah... bole ker pakai idea ini??? Memang kami sedang skodeng miau yg comel-comel untuk di jadikan ahli keluarga kami..hehehee

5) Bising...... Jgn ckp la. Tiap-tiap petang ada sahaja la nak test power speker kat rumah. Dum Dam..dum dam.. tu belum lagi yang kereta. Rumah saya pun bising jugak.. tapi magrib tak payah la pasang lagu kot. Tu belum pagi-pagi lagi. Ada pula yang menyumbangkan lagu-lagu yg agak "merdu"..

Hmmm... nak marah kepada org yer, kita ni hidup berjiran. Tapi perlulah menghormati orang lain. So, saya dan en suami sedang skodeng cari-cari rumah terus beli, tak payah sewa lagi. cari persekitaran yang baik, jiran yg bagus, kejiranan yang bersih dan yang penting, untuk pembesaran kanak-kanak. chewa.. dan sebut pasal anak. Tu sebabnyer... pelaburan masa hadapan untuk pembesaran kanak-kanak.


Sekian sahaja... jumpa lagi























Tuesday, September 6, 2011

Jemputan kepada semua rakan-rakan

Assalammualaikum & salam sejahtera..


Dengan sekalian kali yer... saya berjaya membuat satu 'stop motion movie' dgn menggunakan camera yg di beri oleh En Tunang saya.

Sebulan memikirkan tema, dan jalan cerita. Seminggu siapkan jalan cerita... 3 hari cr gambar-gambar kat google pic... sehari memotong gambar-gambar. 2 hari ambik gambar... 1st sekali...tak cantik... bahan sikit... yg kedua.. intro panjang sgt... sampai separuh jalan cerita...

Ok, dengan ini saya menjemput rakan-rakan sekalian untuk memeriahkan majlis kami


Tarikh : 09/10/2011
Tempat : Klang Selangor
Masa: 11.00 pagi - 5.00 ptg


Enjoy this video :


video

Wednesday, August 31, 2011

...dari selatan ke utara...


Assalammualaikum & Salam sejahtera...

1st sekali,

Happy Merdeka raya day!!!!



Sekarang ni saya dah berada di utara tanah air... yup Kedah darul Aman.. Raya ke 2 sudah ni.. Penat balik JB belum hilang lagi terus ke Utara. Esk saya akan pulang ke Selangor dan insyaAllah kalau larat terus pulang ke JB.. Sungguh penat.....


What i'm doing in Kedah... yup..melawat sedara mara sebelah bonda. Setakat saya melawat saya kenal semua lagi... Siap ingatkan jalan untuk ibu saya di mana letak rumah sedra mara..sebab saya rasa setiap kali balik raya..rumah tu juga kami melawat.

Bila melalui jalan-jalan membangkit memori bonda saya, mesti tak lekang cerita zaman-zaman kecik beliau. Terjun dlm sungai... baling lumpuq kat bendang... dan mcm-mcm lagi. berbeza dgn zaman sekarang.. Zaman saya pula, hanya ke kebun sebab saya di besarkan di kuala selangor yg ada kebun-kebun koko sahaj dan bertemankan nyamuk.

Sekarang sungai bonda saya terjun tu dh bertukar kaler... kalau di amati sungai sekarang dh sgt kotor. Banyak sangat sampah sarap di tepi-tepi sungai. Sayang kita tidak hargai sungai kita dari dulu lagi...

Khamis ni saya akan mula kerja kembali.. terasa cepat masa berlalu..sekejap jer saya cuti rupa yer...

ok... enjoy this pic :








Monday, August 29, 2011

Persiapan raya....???? Selamat Hari Raya...



Assalammualaikum & Salam Sejahtera....

I am very sleepy now. Alhamdulilah, almost at the end of Ramadan. Insyaallah we will be celebrating Aidilfitri tomorrow. At the time ends this ramadhan, my ticker is decreasing day. New sense of diminishing my time.

I was preparing baju raya + kuih raya + write the card Raya .... opsss ... already finish Ramadhan, nop la... i write name invitation card. I am very busy in the last day of ramadhan. After this I will go down to help my mom to prepare the Ketupat Palas. Do you know what it is Ketupat Palas?

Ketupat Palas is well known in Kedah, Perlis and Kelantan. As usual like the ketupat sate, but the gist of using
beras pulut.


This Ketupat palas

Ok, I have no more time to continue the story in this blog. I need to finish all my work before pulang ke kampung.

To All my friends :

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin





p/s: messy room..... all thing i want to do before raya!!!





Wednesday, August 24, 2011

Ramadhan yang terakhir.....

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

InsyaAllah kita akan menyambut Syawal dlm masa beberapa hari lagi. Mungkin ini ramadhan kita yang terakhir. Semoga kita dapat berjumpa dgn Ramadhan akan datang.

Minggu terakhir Ramadhan.... InsyaAllah minggu depan Raya...
Tahun terakhir Ramadhan sebagai bujang.. insyaAllah akan bergelar isteri
Ramadhan terakhir untuk kita... insyaAllah semoga kita jumpa lagi ramadhan tahun hadapan

Di kesempatan ini, ingin saya mohon kemaafan jika terkilaf bahasa, terkasar bicara, tersinggung perasaan dan semua kesalahan yang ada....

Semoga hari-hari terakhir ramadhan ini, kita menjadi lebih tawadhuk... untuk mengingatkan diri sendiri & semua siapa diri kita.

Semoga hati kita sentiasa merindui kedatangan Ramadhan akan datang... insyaAllah...


Wednesday, August 17, 2011

Segmen Promosi Blog 500 Follower ke Bawah

Assalammaualaikum & salam sejahtera to all.

Terima kasih pada syaida kerana tag pada saya. Ok , ni merupakan promosi yg dibuat oleh anif kepada bloger-bloger yg mempunyai follower 500 ke bawah... saya pun tak sampai 20 pun... huhuhu.. memang sesuai la.. Sebab yer, saya bukan tak aktif nak update blog, tetapi kekangan masa dan saya tak dapat untuk curi masa meng 'update' selalu. Dan juga, link internet di atas awan ni sgt kurang memberangsangkan .Itu mungkin salah satu sebab saya kekurangan follower. hehehe

InsyaAllah lepas ni saya akan rajin meng'update' blog saya dgn informasi yg berguna untuk semua.

Ok, kepada mereka-mereka yg merasakan tak byk follower lagi, jom join segmen ni..mana tahu, tuah ayam nampak di kaki tuah manusia mungkin milik anda....

Tujuan Segmen:
Untuk meningkatkan jumlah follower 500 kebawah sahaja (500 ke atas,sori eh) dan memeriahkan blog korang sempena bulan puasa,kemerdekaan dan lebaran ini dengan tetamu yg hadir.. Tambahan pula, para blogger dapat jugak bertukar-tukar hobi sekaligus merapatkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.( saya copy from anif blog)

Saya pun nak join segmen ni dan kita ikut syarat-syarat penyertaan yer :



1)Follower Blog ini. -done-
2)Copy BANNER di atas.-done-

3) Paste kan ke dalam entri yang korang buat bertajuk " Segmen Promosi Blog 500 Follower Ke Bawah " -done seperti kat atas tu-


4) Di dalam entri itu haruslah ada :
  • Nama : ILYA AFIRINA
  • Hobi korang : berFB, membaca, melancong

5) Dah siap,tinggalkan LINK korang tu ke entri ini... Senang kan? -done (lepas post entry ni)-


6) Korang ada kebebasan untuk TAG kawan-kawan (pastikan mereka tahu ya)


i) G-ar (blum lagi kan 500 follower)
ii) acik
iii) huda

dan kepada mereka nak join segmen ni!!! good luck semua....






Saturday, August 13, 2011

Bulan Ramadhan vs Lagu Raya




-google-


Assalammualaikum & salam sejahtera,


Malam tadi saya ke Kota Raya di JB. Kat shopping complex ni ada masjid, so ramai la org dtg untuk buat terawih.

Sebelum puasa, shopping complex ni tak ada la meriah mana. kalau hari biasa, kul 8 semua kedai dah nak tutup. Tp memandangkan bulan ramadhan ni, ramai org dari negara sebelah dtg untuk bershoping, maka semua kedai majoriti melewatkan masa tutup kedai.


Banyak juga bazar-bazar & gerai-gerai jual kuih-kuih raya dan baju-baju raya yg di buka. Saya boleh katakan, setiap hari memang ada org akan berkunjung di sini.

Tapi saya hairan baru beberapa hari berpuasa, lagu raya sudah didendangkan. Kalau masa kecik-kecik dulu , 10 hari lagi nak raya or 15 hari lagi nak raya, baru la ada lagu raya. Sudah banyak masa berubah.

Semangat untuk kita memperlipat gandakan pahala ketika bulan ramadhan tidak diperdulikan. Persiapan untuk hari raya, awal-awal dh buat. Kalau sebelum masuk ramadhan , tak pula nak buat persiapan macam nak sambut bulan syawal.

Saya tak boleh nak salahkan kepada sesiapa pun. Mungkin buat persiapan awal juga bagus untuk kita, tak payah last minit nak cari semua. Sekarang raya tak macam dulu. Semua nak tukar baru. Sampai kereta pun nak tukar baru.

Oh..saya dh merepek sampai persiapan raya. Fokus adalah tentang lagu raya. Sepatutnyer, lagu raya tak perlu la diputarkan seawal bulan ramadhan. Kita hormatilah bulan ramadhan dan tumpukan perhatian untuk meningkatkan iman dan tawaduk di bulan mulia ini. Selain itu, hari pertama syawal dapat la dihayati kemenangan bulan ramadhan. Kalau awal-awal kita dh dengar lagu raya, semangat raya juga sudah pudar. Lagu raya dh rasa seperti lagu biasa.

Biar lagu raya menjadi nostalgia bagi kita setiap kali tibanya Syawal. Mungkin lagu raya yg diputarkan ketika beberapa hari sebelum syawal memberi kita semangat untuk meneruskan tradisi kunjung mengunjung dan berjumpa sanak saudara ketika syawal.

Oh... dalam asyik kita menanti bulan syawal ni, 10 malam terakhir ini jangan lupa memperbanyakkan ibadah dan tawaduk kepadaNya. Mana tahu, ini ramadhan terakhir kita . Takut tidak sempat untuk berjumpa Ramadhan tahun depan. Biar kita meriahkan ramadhan tahun ini dengan pesta ibadah.

Akhir sekali, selamat memperlipatkali ganda pahala di bulan Ramadhan ini. Semoga kita dapat berjumpa lagi ramadhan tahun hadapan. InsyaAllah. enjoy this pic from this blog

Friday, August 12, 2011

selamat berpuasa



Assalamamualikum & salam sejahtera





Sorry, dh lama tak update blog. Agak bz semasa... hehe.


Cerita episod 2 tak payah cerita la... dh basi cerita tu kot 4 bulan yg lepas..








Sempena bulan ramadhan yang belum lagi di penghujungnya,


saya mengucapkan






SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA









Thursday, May 12, 2011

HaPPy Nurses Day!!!

To all my friends nurse,







Happy Nurses day!!!!



-Be patient with your patients-

- Be a good nurse-

- Happy working-


Wednesday, April 13, 2011

tragedi 4411 episod 1

Assalammualaikum & salam sejahtera,


huiii....jgn nak ngangkung pulak dgn num tu!!! hukum yer HARAM!!! huhuhuhuhu tragedi bertarikh tu.... Org kata "darah manis jgn keluar rumah selalu".. tapi saya dh selalu sgt keluar..setakat ni alhamdulillah..xder apa2..(susah sikit nk percaya kata2 ni., kalau nk jadi..jadi jugak)

Ok..sapa yg tak tau lagi tarikh ni kenapa..mengapa..siapa..apakah...???? Ketika dan waktu itu pada tgh hari buta (tgh hari pun boleh buta yer??) telah berlaku satu kejadiaan or tragedi yg sgt mengerikan... ketika tu baru ku teringat mati....(susah kalau kita hanya ingat mati ketika kesusahan) tp serius saya ingat saya akan koma or masuk icu untuk beberapa bulan. Alhamdullilah..semua selamat. Allah still love me right... Thanks to Allah, give reminders to me and thanks to Allah saved me from injuries from incident.



Episod bermula di sini


Episod 1


Saya dari rumah saya menuju ke rumah office yang terletak di subang jaya untuk mengambil staf-staf yang lain untuk ke office KL. Untuk pengetahuaan semua, saya ni kerja 2 tempat . Di JB dan KL. Makna yer saya berulang-ulang tiap-tiap minggu. Memandangkan office KL belum dibuka secara rasmi, kami hanya datang pada waktu tertentu sahaja. Nak jadikan kisah yer, saya balik KL kali ni dgn kereta saya. Alang-alang ada weeding my friend, lebih baik saya drive sendiri pulang terus ke rumah. Saya tak naik kenderaan company saya. Sekali gus saya terus bawa rakan-rakan office yang lain bersama dengan kawan saya sekali bersama-sama naik kereta comel saya tu.hehehe. Hari Isnin tu, kami harus pulang ke JB sebelum malam, dan sebelum itu kami pergi melawat Office di KL terlebih dahulu sebelum pulang.


Saya baru sahaja keluar dari subang jaya dan menyusur masuk ke Federal Highway.. dan ketika itu saya berada di lorong ke 2 dari kanan. Saya memandu seperti biasa. Jem di atas jalan baru nak bermula ketika itu (selalu yer selepas tol batu 3 shah alam, akan terdapat jem sedikit menuju ke KL) dan ketika itu pun saya terpikir kemungkinan tgh lunch hour, memang akan jem.



saat-saat cemas:


1) Tiba- tiba kawan saya di belakang menjerit, dan kereta saya terasa sgt berat untuk di kawal dan ketika itu saya hanya berserah sahaja apa nak jadi..jadilah..saya try untuk kawal kereta semula. tapi gagal dan menyebabkan saya terpusing menghadap pembahagi jalan.


2)Saat tgk pembahagi jalan dan saya dpt lihat dgn jelas yer kereta-kereta di jalan sebelah dari KL menuju ke Klang, saya tiba-tiba teringat peristiwa 10.10.10 di mana bas terjun ke seberang jalan akan berlaku juga pada kereta saya...dan airbeg pun keluar dengan jaya yer.... dan kereta saya betul-betul melintang mengadap jalan bertentangan dan masih di jalan yg sama.


3) Ketika ini saya melihat kereta-kereta dan lori betul-betul di hadapan saya, saya sedaya upaya untu keluar dari kereta (takut kena langgar kereta lain dan takut kereta meletup) dan usaha saya gagal keran pintu tidak boleh buka. Saya tendang pintu saya akhir yer terbuka. Nasib baik kereta saya tidak di langgar lagi dengan kereta yang lain. Alhamdulillah.... dan time tu juga semua kereta berhenti dan tukar laluan (sebab saya dh blok jalan)


Episod 2 :


Saya keluar kereta terus menuju kenderaan yg langgar saya..rupa-rupa yer Van. Saya terus marah-marah dia (rupayer saya marah pd org yg pangkat yer pakcik...kesian pakcik tu), dan ayat pertama yg keluar dr mulut saya



"Kenapa u langgar kereta I...kenapa..kenapa??? Saya nak balik JB ni!!!"


kenapa saya pikir nak balik JB??? huhuhuhu..itu pun saya tak tgk lagi kereta saya yg dh teruk sgt. Adakah patut saya marah pakcik tu..dan saya pun tak tgk keadaan kawan-kawan yg lain dlm kereta. tak patut sungguh!!.. tp masa tu memang cemas, bertambah dgn panas terik mentari membuat saya sangat marah. Di tgh-tgh eksiden dan jem tu. tiba-tiba boleh saya berjumpa kawan sekolah rendah saya. Dia terus berhentikan kenderaan dia dan tolong saya bawa kereta ke tepi.


Cerita ringkas:

- kereta saya di lorong ke 2



-van di lorong pertama

- menurut kata pemandu Van itu, kereta pertama brek secara tiba-tiba dan pemandu van tadi tanpa berfikir panjang terus masuk ke lorong saya -Andaian saya: mungkin dia tak perasan saya (blank spot)..tu la terus tukar lorong - kereta saya di heret beberapa meter....pastu saya hilang kawalan..terus langgar pembahagi jalan
-kereta saya berpusing sedikit menyebabkan cermin sebelah kiri pemandu pecah selepas langgar pembahagi jalan tu, kereta saya kena impak yg maksimum daripada pembahagi jalan dan meyebabkan kereta saya mengudur kebelakang dan berhenti mengadap jalan semula.



Cerita episod pertama sampai di sini.. byk lagi nak cerita..


p/s : semalam serabut blog...tak sempat nk betul kan..maaf

Friday, March 25, 2011

Arak dan Cashier


Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Terpanggil untuk berkongsi pendapat tentang Cashier di pasaraya besar seperti Tesco, Giant dan yg kecil 7Eleven dimana ada menjual arak.

Malam tadi saya singgah sebentar di Tesco untuk membeli barangan harian. Ketika saya dan rakan-rakan nk pergi membayar di hadapan kami adalah orang bukan muslim membeli arak dan disebelah kauter kami se troli arak di beli. Seperti kita maklum, kebayakkan cashier kat pasaraya besar ni Melayu dan Islam. Siap pakai tudung lagi. Dengan rasa sedih yer saya melihat mereka degan selamber sahaja memengang botol arak, masuk kan ke dalam plasti. Rupanya orang islam di Malaysia masih lagi cetek ilmu pengetahuan tentang Haram dan Halal yer sesuatu pekerjaan. Sangat sedih kerana melihat sesama muslim dapat dosa free-free sahaja.

Ok sini saya masukkan petikkan daripada ustaz Zaharuddin.

HUKUM KERJA DI 7 ELEVEN

SOALAN:

Di sini saya ingin ajukan satu soalan, bagaimana hukum pendapatan saya sekiranya saya bekerja di kedai 24 jam yang agak terkenal iaitu 7eleven, kedai ini ada menjual minuman arak, adakah saya termasuk dalam gologan orang yang dilaknat oleh Allah ?

JAWAPAN UZAR :

Secara umumnya, kerja sebagai cashier di pasaraya termasuk 7 eleven adalah halal. Bagaimanapun jika ada orang membeli arak dan melakukan pembayaran di kaunter anda, tatkala itu anda turut mendapat dosa dan laknat Nabi SAW kerana ia dianggap telah membantu pembelian arak itu. Demikian juga jika pekerja itu seorang pembantu yang menyusun dan semak stok arak dan lain-lain yang diharamkan, apa sahaja yang berkait dengan menyusun arak, mempamerkannya adalah berdosa.

Perlu difahami, tidak semua perkara haram sama tahap berat dosanya, ada yang dosa besar dan ada dosa yang lebih kecil. Allah SWT lebih mengetahui, bagi mendapat lebih jelas panduan hukum dalam hal ini adalah hadith Nabi SAW :-

عن أَنَسِ بن مَالِكٍ قال لَعَنَ رسول اللَّهِ في الْخَمْرِ عَشْرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةُ إليه وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِي لها وَالْمُشْتَرَاةُ له

"Rasulullah saw melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah : Tirmidzi : Hadith Gharib : Al-Munziri dalam At-Targhib: Perawinya thiqah )"

Dalam menghuraikan hadith ini dan kaitannya dengan cashier :-

وآكل ثمنها المشتري : أي للشرب أو للتجارة بالوكالة وغيرها

Ertinya : Pemakan harta dari jualan arak yang dibeli pelanggan : iaitu samada untuk diminum atau untuk dijadikan barang dagangan melalui wakil ( Mirqat al-Mafatih, 6/22)

Dan juga sebuah lagi hadith

عن جَابِرِ بن عبد اللَّهِ رضي الله عنهما أَنَّهُ سمع رَسُولَ اللَّهِ يقول عَامَ الْفَتْحِ وهو بِمَكَّةَ إِنَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ حَرَّمَ بَيْعَ الْخَمْرِ وَالْمَيْتَةِ وَالْخِنْزِيرِ وَالْأَصْنَامِ

Ertinya : Dari Jabir r.a berkata ia mendengar Rasulullah SAW bersabda pada hari pembukaan Mekah, sesungguhnya Allah dan rasulNya mengharamkan penjualan arak, bangkai, khinzir dan berhala. ( Riwayat al-Bukhari, 2/779)

Secara ringkasnya, ini bermakna kerja sebegini boleh menyebabkan pendapatannya bercampur halal dan haram. Keadaan ini boleh diselesaikan dengan memperuntukan sedeqah sebahagian dari harta setiap bulan kepada faqir miskin. Ia bergantung kepada iman kita, jika ingin rasa lebih tenang, sedeqahlah dalam jumlah yang wajar dengan keterlibatan penjualan arak tadi.

Adapun jual kondom di 7 eleven agak sedikit berbeza, kerana kita tidak dinafikan ada suami isteri yang membelinya juga, ia adalah halal

Adapun, bagi yang berlagak bagai suami isteri lalu membelinya untuk perzinaan mereka, cashier yang tidak mengetahui tidak terlibat dalam dosa tersebut, kecuali jika dalam sesetengah keadaan ada cashier yang mempunyai rakan-rakan muda yang diketahui kaki berzina, lalu meminta bantuan untuk membeli kondom dari kedai yang dijaga oleh rakannya. Ketika itu, bantuan itu menjadikan tindakannya adalah haram dengan dosa besar. Wallahu'alam.

Sebagai akhirnya, saya berasa lega kerana di beberapa buah pasaraya, mereka memisahkan kaunter pembayaran barangan tidak halal dibuat di kaunter khas yang dijaga oleh bukan Islam. Ia baik bagi menjaga kebajikan pekerja Islam.

Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman


Sudah sedia maklum yang arak tu haram..tetap haram. Tidak silap saya masa saya belajar dulu pun ketika sekolah menengah pun ustazah/ ustaz dah kata haram walaupun kita tak minum. Kepada rakan-rakan yang bekerja di premis menjual arak, sila la memberi perhatiaan. Jika boleh sila la anda berbincang dengan pihak managment or mencari kerja selain yang terlibat dengan arak. Jangan tambah saham dosa kita.


Thursday, March 17, 2011

me vs radiasi??


Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Sekarang ni sibuk mengatakan tentang reaktor tenaga nuklear jepun yang terbakar dan telah memusnahkan 2 reaktor nuklear. Rakyat malaysia juga bimbang tentang radiasi yg sedang merebak di sekitar negara jepun. Takut juga seperti berlaku di seperti di Chernorbyl power plant, Rusia pada 26 april 1986 (sehari sebelum saya masuk 1 tahun).

Sejarah tentang Chernorbyl sikit:


-sumber: google pic-


25 April 1986, 13:00
Anatoly Dyatlov (seorang chief engineer) sedang mempersiapkan untuk menjalankan ujian pada reaktor 4, ujian kesan daripada menjalankan reaktor pada daya rendah. Kawalan batang diturunkan ke dalam reaktor, melambatkan reaksi setengah-kuasa.

25 April 1986, 2:00 pm
Tahap selanjutnya adalah untuk mematikan sistem pendinginan kecemasan. mematikan system pendinginan kecemasan adalah salah berdasarkan dari protokol keselamatan.

Seorang pegawai electrical dari Kiev (bandar ketiga terbesar di Kesatuan Soviet) bimbang bandar akan kehabisan tenaga elektrik dan meminta ujian akan dilanjutkan pada malam hari ketika penggunaan elektrik di bandar itu akan lebih rendah.

25 April 1986, 11:10 pm
lampu hijau diberikan untuk meneruskan ujian itu. Sekali lagi reaktor itu diperlambatkan, kali ini untuk daya operasi terendah.

26 April 1986, 12:00 am

Jurutera melihat reaktor beransur-ansur slow menuju kepada shutdown. Dan ketika itu Anatoly Dyatlov memarahi engineer dan memerintahkan batang kawalan untuk diangkat bagi mempercepat reaksi. Tenaga meningkat, dan air dipam bermula dan menyebabkan air di sekitar reaktor mula mengering. Tanpa air, reaktor mulai panas.

26 April 1986, 01:23 am
Getaran dirasakan. Tiba-tiba, ada lonjakan besar dalam bangker kuasa. Dalam kepanikan, semua batang kawalan diturunkan. Batang tersekat, dan di ikuti dengan letupan besar berlaku.

Kawalan nampaknya tidak lagi berfungsi. Empat jurutera berlari untuk melihat bangker reaktor dari atap dan dapat melihat bencana nuklear terburuk di dunia. Perisai konkrit telah terangkat disebabkan tekanan wap, dan menyebabkan kebakaran dengan api besar. 50 tan zarah radioaktif keluar ke atmosfera.


Begitu cerita Chernorbyl. Pertama kali saya dengar cerita ini ketika di dlm kelas dimana professor kami telah memberi tugasan untuk menonton cerita Chernorbyl dan membuat satu ringkasan tentang cerita ini. Kalau nak tahu..saya ada link kan cerita ini dlm youtube. Itulah sekarang ni negara Jepun sedang sibuk untuk mengangkut air laut dan mengugurkan air (copy paste ayat berita harian) kepada reactor nuclear untuk tujuan penyejukkan. Semoga usaha mereka tidak sia-sia.

Ok, saya tak nak cerita pasal Chernorbyl ni, tersasar pulak cerita.Nati saya buat entri baru tentang Reaktor nuclear. Saya nak cerita tentang radiasi yang dibimbangkan oleh rakyat Malaysia di mana reactor nukleur di Jepun terbakar. Tapi saya tidak takut sgt tentang radiasi itu, apa yg membimbangkan saya adalah radiasi di tempat kerja sendiri.

Saya bekerja di tempat terdedahnya radiasi yg tidak terlalu tinggi. Radiasi bertujuaan untuk perubatan, so kalau ikut justifikasi daripada Regulation AELB, akta 304 dimana untuk tujuaan yang berfaedah atau tujuaan yang boleh memberi kebaikan. Di sini memberi kebaikan kepada pesakit-pesakit untuk diagnosis penyakit kanser.

Itu kepada pesakit, tetapi kepada pekerja juga terdedah. Terutama saya yang menyukat ubat radiopharmaceuticals. So, mana lebih di risaukan??? Jepun or depan mata. Semestinya di depan mata. Jika salah sikit prosedur, mungkin akan menyebabkan saya terdedah lebih daripada sepatutnya.

So, sebagai seorang bekas pelajar Fizik kesihatan, tak guna kalau dh belajar tak pratik apa yg diajar. Paling penting 3 benda asas diperlukan untuk mengurangkan radiasi di tempat kerja or di mana-mana sahaja yang terdedah oleh radiasi iaitu STD








-sumber:google pic-



1) Shielding – Penghalang
• Selalunya menggunakan blok-blok plumbum yang
berketumpatan tinggi. Shielding ni dapat menghalang sinaran untuk menembusinya.



2) Time – Masa
• Apa yang penting kerja yg melibatkankan radiation
memerlukan masa yg lebih pendek untuk terdedah. So kena buat kerja secepat yang
mungkin sambil mengikuti semua prosedur dgn betul

3) Distance – Jarak
• Sila menjarakkan diri anda sejauh yang mungkin daripada sumber radioaktif.
Lebih jauh lebih selamat.





Oleh itu, perkara-perkara di atas perlu dipratikkan ketika mengedalikan bahan radioaktif. Pada setiap bulan akan dipantau nilai yg diterima oleh tubuh badan dgn menggunakan lencana filem dan cincin TLD. Jika bacaan tinggi kena siasat dan perbaiki untuk mengurangkan radiasi di tempat kerja. Setakat ini alhamdullilah, bacaan masih rendah.








Ok..enjoy this documentary : Disaster at Chernobly












Friday, March 11, 2011

BAS EKSPRESS ohhhhh...bas ekspress

-stesen bas larkin -

-waktu yg sepatutyer berjalan-


Sekarang saya berada di atas bas ekspress. Maju juga teknologi sekarang, atas bas pun boleh online lagi. Hahaha..tipu la..bas ni belum bergerak lagi. So, sambil membuang masa, baik saya menaip. Harini saya pulang ke rumah bonda saya. Sebulan sekali ..insyaAllah saya try untuk berjumpa dgn family.

Sekarang saya berada di stesen bas larkin JB. Banyak kali saya berazam tak nak naik bas lagi. Saya tak suka naik bas dr JB-KL. Kenapa??

Ok ini sebab saya tak suka perkdimatan bas di Malaysia:

1)

1) ULAT TIKET yg berlambak..sesuka hati nak bg harga tiket. Lagi-lagi ketika musim cuti panjang atau perayaan. Suka paksa-paksa org beli. Mcm nak tumbuk ada juga.

2) JANJI-JANJI MANIS – Ni selalu sgt saya kena. Dh macam lali. Janji manis yang diperkatakan adalah bas ni bagus. Tepat masa sampai. Tak akan berhenti…terus ke KL

3) TIDAK TEPAT MASA – Dari saya belajar pd tahun 2003 sampai sekarang tak pernah nak berubah. Tak pernah nak tepat masa. Tak sama masa seperti dlm tiket

4) SINGGAH SEBENTAR – Ni selalu gak kena. Kata jer terus ke tempat destinasi. Kata terus ke KL..kejap lagi menyinggah jap kat Batu pahat la, seremban la, so perjalanan makin jauh.

5) R ‘N’ R – Selalu yer bas-bas di Malaysia ni kalau berhenti ni bukan suka berhenti di R&R yang plus dh buat (membazir duit rakyat jer). Suka sgt berhenti di tempat yg diragui ke HALAL lan makanan yer. Diaorg ni nak ckp melayu islam..entah la..main bedal jer makan. Sebab utama mereka berhenti disini kerana pemandu-pemandu bas ni dpt makanan FREE. Saya turun setakat buang air or solat sahaja.

6) PEMANDU TIDAK BERHEMAH- Ada satu ketika tu, saya duduk betul-betul belakang pemandu bas. Jangan ckp la, mereka ni bawa bas dh memang tak ingat org tersayang kat umah, ni lagi nak ingat nyawa penumpang. Jgn ckp la… had meter kelajuan tak silap saya sampai 140km jer…boleh pulak bedal sampai 120-130 km/jam. Mcm mana la tak eksiden ngeri selalu berlaku. Adakah patut. Siap berlumba dengan bas yg lain.

(skrang jam dh kul 11.30… janji manis betul. Memang tak gerak lagi….. saya terus menaip)

Banyak lagi perkara-perkara tidak tertaip di sini.

Tidak semua syarikat bas yg sebegini. Tetapi kebanyakkan yer perkhidmatan bas bergini la. Bas merupakan medium pengangkutan yang utama kepada mereka yg tidak mampu untuk membeli kereta ataupun flight untuk destinasi yang jauh. Saya adalah pengguna bas yg dh agak lama dari zaman belajar sehingga sekarang. Pelbagai ragam telah saya lihatkan. Rasa yer molek la kalau syarikat-syarikat bas ni mengambil perhatian yg serius tentang perkara-perkara di atas.

Kita sebagai pengguna sepatut yer lebih bijak untuk memilih. Tetapi ada kala yer kita ni tak mampu untuk tidak membeli atau menggunakan perkhidmatan bas ekspress ketika waktu terdesak. So terjadila perkara-perkara yg kita sendiri tidak berapa suka. Jika perkhidmatan di negara kita di pertingkatkan, mungkin pengangkutan awam di Malaysia lebih selesa kepada pengguna. Yang paling penting sikap penjual tiket dan pemandu tiket perlulah berhemah. InsyaAllah, nyawa penumpang selamat ke destinasi di tuju.

p/s : bas saya tak bergerak lagi….huhuhuhu sedih yer.. perkhidmatan bergini. Saya bersabar lagi….. (semoga anda di beri hidayah) sekarang dh kul 12.00 tgh hari.

Wednesday, March 9, 2011

sekolah agama atau sekolah biasa???

Asslammualaikum dan salam sejahtera,

Ini hanya pandangan saya sahaja. Harap tajuk ini bukanlah isu besar. Tajuk kali ini agak serius sedikit.

Situasi 1: Parents yang beria nak hantar anak ke sekolah agama

Mommy: nati Man masuk sekolah agama ye..Mommy nk Man jadi anak soleh dan boleh doakan mommy and dady

Anak : mmmmm….Man tak minat..

Situasi 2: Anak yang nakal..kena hantar sekolah agama

Bapa 1 : Aku rasa aku nak hantar anak aku ke sokolah agama..kalau boleh sekolah pondok. Risau sekarang masalah sosial. Semalam aku tangkap anak aku hisap rokok..baru darjah 5 dh pandai hisap rokok

Bapa 2: Aku pun nak hantar anak aku la..

Sekolah agama. Sekarang ni dh banyak rasayer sekolah agama di Malaysia. Daripada sekolah berasrama penuh sehingga kpd sekolah harian dan pondok pun dah banyak. Tapi, adakah anak-anak ni minat nak pergi sekolah agama????

Baik niat ibu dan ayah nak hantar anak ke sekolah agama, untuk anak menjadi anak yang soleh,baik dan taat perintah Allah. Ada juga segelintir ibu bapa yang memikirkan tentang saham akhirat untuk anak menjadi anak yang soleh dan soleha. Tetapi…tak boleh kah anak menjadi anak yang soleh dan soleha dr sekolah biasa. Sekolah harian biasa.. Mungkin banyak cabaran yer. Mungkin juga betul mungkin juga tidak.

Anak yang nakal, awal-awal dah dihantar ke sekolah agama. Jika semua ibu bapa fikir anak yang nakal perlu dihantar sekolah agama, maka semua budak nakal akan dihantar ke sekolah agama dan sekolah agama telah menjadi tempat berkumpul yer budak-budak nakal. Bukan nanti menjadi jadi nakal ker??? Ataupun ibu bapa hanya menyerahkan tanggungjawap mendidik anak-anak untuk menjadi orang yang baik kepada guru-guru sekolah agama???

Baru-baru ini saya telah membaca hasil nukilan Ustaz Hasrizal tentang tajuk “Antara Orang Agama dan Orang Beragama” dlm buku Murabbi Cinta. Ustaz Hasrizal telah mengupas cerita tentang menjadi orang agama dan orang beragama di mana memaksa anak menjadi ‘orang agama’. Di sini ustaz telah menjelaskan tentang minat, kecenderungan dan keupayaan untuk menjadi org beragama. Jika nak tahu lebih lanjut, sila la beli buku ustaz yer.

Jika kita nak tgk anak-anak di masa hadapan menjadi orang yang berguna dgn didikan agama yang betul, ia bermula di rumah. Jika anak-anak kecik-kecik lagi dh dihantar tadika islam, tetapi ibu bapa tidak menghidupkan isi rumah dengan penghayatan islam, maka tidak juga boleh membuatkan anak itu terjamin untuk menjadi anak yang soleh dan soleha.

Daripada pengalaman saya, tidak semua orang yang keluar dr sekolah agama akan kekal menjadi orang beragama. Mungkin lebih memalukan daripada orang yang bersekolah biasa. Saya juga agak terkilan dgn rakan-rakan yg dahulu bersekolah agama bertudung labuh, tetapi bila keluar sekolah agama sikit demi sedikit hilang watak sebagai pelajar sekolah agama. Maaf kepada mereka yg terasa. Jika anda rasa tidak mahu memakai tudung labuh, mungkin anda boleh menutup rambut anda dgn tudung sudah memadai. (Hanya segelitir sahaja)

Saya tidak begitu setuju di mana hanya sekolah agama sahaja akan melahirkan anak-anak yang soleh dan soleha. Sekolah biasa juga boleh melahirkan anak yang soleh dan soleha jika di didik dgn betul. Pilihan ibu bapa menghantar anak-anak kesekolah agama adalah salah satu altenatif yang baik, tetapi perlulah diberi penghayatan dirumah juga. Berilah mereka peluang untuk memilih sendiri di mana minat mereka. Tidak semestinya sekolah yang bukan sekolah agama tidak boleh melahirkan anak yang soleh dan soleha.


Oleh itu, jadikan kehidupan kita dengan penghayatan islam. amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...