Pages

Thursday, March 17, 2011

me vs radiasi??


Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Sekarang ni sibuk mengatakan tentang reaktor tenaga nuklear jepun yang terbakar dan telah memusnahkan 2 reaktor nuklear. Rakyat malaysia juga bimbang tentang radiasi yg sedang merebak di sekitar negara jepun. Takut juga seperti berlaku di seperti di Chernorbyl power plant, Rusia pada 26 april 1986 (sehari sebelum saya masuk 1 tahun).

Sejarah tentang Chernorbyl sikit:


-sumber: google pic-


25 April 1986, 13:00
Anatoly Dyatlov (seorang chief engineer) sedang mempersiapkan untuk menjalankan ujian pada reaktor 4, ujian kesan daripada menjalankan reaktor pada daya rendah. Kawalan batang diturunkan ke dalam reaktor, melambatkan reaksi setengah-kuasa.

25 April 1986, 2:00 pm
Tahap selanjutnya adalah untuk mematikan sistem pendinginan kecemasan. mematikan system pendinginan kecemasan adalah salah berdasarkan dari protokol keselamatan.

Seorang pegawai electrical dari Kiev (bandar ketiga terbesar di Kesatuan Soviet) bimbang bandar akan kehabisan tenaga elektrik dan meminta ujian akan dilanjutkan pada malam hari ketika penggunaan elektrik di bandar itu akan lebih rendah.

25 April 1986, 11:10 pm
lampu hijau diberikan untuk meneruskan ujian itu. Sekali lagi reaktor itu diperlambatkan, kali ini untuk daya operasi terendah.

26 April 1986, 12:00 am

Jurutera melihat reaktor beransur-ansur slow menuju kepada shutdown. Dan ketika itu Anatoly Dyatlov memarahi engineer dan memerintahkan batang kawalan untuk diangkat bagi mempercepat reaksi. Tenaga meningkat, dan air dipam bermula dan menyebabkan air di sekitar reaktor mula mengering. Tanpa air, reaktor mulai panas.

26 April 1986, 01:23 am
Getaran dirasakan. Tiba-tiba, ada lonjakan besar dalam bangker kuasa. Dalam kepanikan, semua batang kawalan diturunkan. Batang tersekat, dan di ikuti dengan letupan besar berlaku.

Kawalan nampaknya tidak lagi berfungsi. Empat jurutera berlari untuk melihat bangker reaktor dari atap dan dapat melihat bencana nuklear terburuk di dunia. Perisai konkrit telah terangkat disebabkan tekanan wap, dan menyebabkan kebakaran dengan api besar. 50 tan zarah radioaktif keluar ke atmosfera.


Begitu cerita Chernorbyl. Pertama kali saya dengar cerita ini ketika di dlm kelas dimana professor kami telah memberi tugasan untuk menonton cerita Chernorbyl dan membuat satu ringkasan tentang cerita ini. Kalau nak tahu..saya ada link kan cerita ini dlm youtube. Itulah sekarang ni negara Jepun sedang sibuk untuk mengangkut air laut dan mengugurkan air (copy paste ayat berita harian) kepada reactor nuclear untuk tujuan penyejukkan. Semoga usaha mereka tidak sia-sia.

Ok, saya tak nak cerita pasal Chernorbyl ni, tersasar pulak cerita.Nati saya buat entri baru tentang Reaktor nuclear. Saya nak cerita tentang radiasi yang dibimbangkan oleh rakyat Malaysia di mana reactor nukleur di Jepun terbakar. Tapi saya tidak takut sgt tentang radiasi itu, apa yg membimbangkan saya adalah radiasi di tempat kerja sendiri.

Saya bekerja di tempat terdedahnya radiasi yg tidak terlalu tinggi. Radiasi bertujuaan untuk perubatan, so kalau ikut justifikasi daripada Regulation AELB, akta 304 dimana untuk tujuaan yang berfaedah atau tujuaan yang boleh memberi kebaikan. Di sini memberi kebaikan kepada pesakit-pesakit untuk diagnosis penyakit kanser.

Itu kepada pesakit, tetapi kepada pekerja juga terdedah. Terutama saya yang menyukat ubat radiopharmaceuticals. So, mana lebih di risaukan??? Jepun or depan mata. Semestinya di depan mata. Jika salah sikit prosedur, mungkin akan menyebabkan saya terdedah lebih daripada sepatutnya.

So, sebagai seorang bekas pelajar Fizik kesihatan, tak guna kalau dh belajar tak pratik apa yg diajar. Paling penting 3 benda asas diperlukan untuk mengurangkan radiasi di tempat kerja or di mana-mana sahaja yang terdedah oleh radiasi iaitu STD








-sumber:google pic-



1) Shielding – Penghalang
• Selalunya menggunakan blok-blok plumbum yang
berketumpatan tinggi. Shielding ni dapat menghalang sinaran untuk menembusinya.



2) Time – Masa
• Apa yang penting kerja yg melibatkankan radiation
memerlukan masa yg lebih pendek untuk terdedah. So kena buat kerja secepat yang
mungkin sambil mengikuti semua prosedur dgn betul

3) Distance – Jarak
• Sila menjarakkan diri anda sejauh yang mungkin daripada sumber radioaktif.
Lebih jauh lebih selamat.





Oleh itu, perkara-perkara di atas perlu dipratikkan ketika mengedalikan bahan radioaktif. Pada setiap bulan akan dipantau nilai yg diterima oleh tubuh badan dgn menggunakan lencana filem dan cincin TLD. Jika bacaan tinggi kena siasat dan perbaiki untuk mengurangkan radiasi di tempat kerja. Setakat ini alhamdullilah, bacaan masih rendah.








Ok..enjoy this documentary : Disaster at Chernobly












3 comments:

Mimiamilia said...

mcm penyakit kelamin la pulak...std..huhuhu

sweet tooth said...

Hahaha...aku baru nak komen... tukar TSD x leh? kes..kes..kes...

ilya_afirina said...

hehehehe...
dh belajar dulu guna perkataan STD...
kalau tukar ..mesti lupa..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...