Pages

Wednesday, March 9, 2011

sekolah agama atau sekolah biasa???

Asslammualaikum dan salam sejahtera,

Ini hanya pandangan saya sahaja. Harap tajuk ini bukanlah isu besar. Tajuk kali ini agak serius sedikit.

Situasi 1: Parents yang beria nak hantar anak ke sekolah agama

Mommy: nati Man masuk sekolah agama ye..Mommy nk Man jadi anak soleh dan boleh doakan mommy and dady

Anak : mmmmm….Man tak minat..

Situasi 2: Anak yang nakal..kena hantar sekolah agama

Bapa 1 : Aku rasa aku nak hantar anak aku ke sokolah agama..kalau boleh sekolah pondok. Risau sekarang masalah sosial. Semalam aku tangkap anak aku hisap rokok..baru darjah 5 dh pandai hisap rokok

Bapa 2: Aku pun nak hantar anak aku la..

Sekolah agama. Sekarang ni dh banyak rasayer sekolah agama di Malaysia. Daripada sekolah berasrama penuh sehingga kpd sekolah harian dan pondok pun dah banyak. Tapi, adakah anak-anak ni minat nak pergi sekolah agama????

Baik niat ibu dan ayah nak hantar anak ke sekolah agama, untuk anak menjadi anak yang soleh,baik dan taat perintah Allah. Ada juga segelintir ibu bapa yang memikirkan tentang saham akhirat untuk anak menjadi anak yang soleh dan soleha. Tetapi…tak boleh kah anak menjadi anak yang soleh dan soleha dr sekolah biasa. Sekolah harian biasa.. Mungkin banyak cabaran yer. Mungkin juga betul mungkin juga tidak.

Anak yang nakal, awal-awal dah dihantar ke sekolah agama. Jika semua ibu bapa fikir anak yang nakal perlu dihantar sekolah agama, maka semua budak nakal akan dihantar ke sekolah agama dan sekolah agama telah menjadi tempat berkumpul yer budak-budak nakal. Bukan nanti menjadi jadi nakal ker??? Ataupun ibu bapa hanya menyerahkan tanggungjawap mendidik anak-anak untuk menjadi orang yang baik kepada guru-guru sekolah agama???

Baru-baru ini saya telah membaca hasil nukilan Ustaz Hasrizal tentang tajuk “Antara Orang Agama dan Orang Beragama” dlm buku Murabbi Cinta. Ustaz Hasrizal telah mengupas cerita tentang menjadi orang agama dan orang beragama di mana memaksa anak menjadi ‘orang agama’. Di sini ustaz telah menjelaskan tentang minat, kecenderungan dan keupayaan untuk menjadi org beragama. Jika nak tahu lebih lanjut, sila la beli buku ustaz yer.

Jika kita nak tgk anak-anak di masa hadapan menjadi orang yang berguna dgn didikan agama yang betul, ia bermula di rumah. Jika anak-anak kecik-kecik lagi dh dihantar tadika islam, tetapi ibu bapa tidak menghidupkan isi rumah dengan penghayatan islam, maka tidak juga boleh membuatkan anak itu terjamin untuk menjadi anak yang soleh dan soleha.

Daripada pengalaman saya, tidak semua orang yang keluar dr sekolah agama akan kekal menjadi orang beragama. Mungkin lebih memalukan daripada orang yang bersekolah biasa. Saya juga agak terkilan dgn rakan-rakan yg dahulu bersekolah agama bertudung labuh, tetapi bila keluar sekolah agama sikit demi sedikit hilang watak sebagai pelajar sekolah agama. Maaf kepada mereka yg terasa. Jika anda rasa tidak mahu memakai tudung labuh, mungkin anda boleh menutup rambut anda dgn tudung sudah memadai. (Hanya segelitir sahaja)

Saya tidak begitu setuju di mana hanya sekolah agama sahaja akan melahirkan anak-anak yang soleh dan soleha. Sekolah biasa juga boleh melahirkan anak yang soleh dan soleha jika di didik dgn betul. Pilihan ibu bapa menghantar anak-anak kesekolah agama adalah salah satu altenatif yang baik, tetapi perlulah diberi penghayatan dirumah juga. Berilah mereka peluang untuk memilih sendiri di mana minat mereka. Tidak semestinya sekolah yang bukan sekolah agama tidak boleh melahirkan anak yang soleh dan soleha.


Oleh itu, jadikan kehidupan kita dengan penghayatan islam. amin...

1 comment:

sweet tooth said...

Setuju ngan pendapat ko... yang penting didikan dari ibu bapa sejak kecil. Kalau asas dah kuat, Insya-Allah pi mana2 pun ok. X leh la nak harapkan cikgu2 skolah yang bentuk anak2 kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...