Tuesday, February 1, 2011
Prosedur PET CT SCAN
Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca,
Ok harini kita cerita pasal PET-CT scan dan saya banyak menggunakan bahasa melayu (kalau tak.... baik jer anda pergi cari google PET-CT scan mesti beribu-ribu carian mesti ada dlm english version) dan ayat-ayat digunakan agak skema sikit.
Pet-Ct scan ini bukan scan haiwan yer..ni scan manusia, Semestinya org akan bertanya kepada kami
Customer 1: ini tempat boleh sken anjing tak???
Nurse : bukan..bukan..ini tuk scan manusia.. ini mau check itu dalam badan
Customer 1: oooo..bukan tuk binatang ye...ok ..ok..
PET (Positron emission tomography)
CT (computed Tomography)
PET SCAN adalah teknologi terbaru dalam bidang perubatan nuklear dan diagnosis di Malaysia.PET-CT scan adalah gabungan antara mesin PET dan juga mesin CT untuk menghasilkan imej yang lebih berkesan.PET scan menggunakan radiasi, atau pengimejan perubatan nuklear, untuk menghasilkan 3-dimensi, gambar warna proses fisiologi dalam tubuh manusia. PET adalah singkatan dari tomografi pembebasan positron. Mesin ini akan mengesan sinar gamma yang dipancarkan secara tidak langsung oleh pesakit setelah disuntik dengan radiopharmaceutical yang beradioaktif di dalam tubuh pesakit. Foto-foto tersebut dibina dengan analisis komputer.
ini contoh gambar-gambar yg dihasilkan (from google)
Kat Malaysia ni tak byk hospital yg ader kemudahan ini. Hanya beberapa medical center dan juga hospital sahaja ada kemudahan ini.
Prosedur:
Sebelum datang ke Pet-CT scan canter
Sangat penting untuk mengikuti diet diubahsuai dan tahap aktiviti sebelum ujian dijalankan untuk menghasilkan gambar yang optimum.
Berpuasa selama 6 jam sebelum ujian. (boleh minum plain water)
Untuk 6-12 jam sebelum ujian,
Kurangkan atau tidak memakan karbohidrat (karbohidrat termasuk roti, pasta, kentang, beras, dll) atau gula (termasuk pengganti gula, buah, jus buah-buahan, soda, dan minuman diet).
Tidak exercise selama 12 jam sebelum ujian.
Sila minum sekurang-kurangnya 32 ons air dalam 6 jam sebelum waktu scan.
Tidak meminum kafein selama 24 jam sebelum ujian.
PET merupakan sebuah mesin perubatan yang membantu doktor dalam mengesan penyakit. Secara umum nyer, PET scan menghasilkan gambar digital yang boleh mengesan dan mengenalpasti pelbagai bentuk kanser, kerosakan tisu jantung, dan gangguan otak seperti Alzheimer, Parkinson, dan epilepsi. Secara teknikal, PET merupakan teknologi perubatan dimana dapat mengesan perubahan biologi pada peringkat molekul sebelum perubahan anatomi yang dapat dikesan.
Selain itu, PET juga dapat membezakan antara tisu maglinant(tisu kanser) atau tisu benign (tisu bukan kanser)dan juga dapat menganggarkan saiz tumor.
Pada permulaan proses pemeriksaan, pesakit akan diberi suntikan ubat radiopharmaceutical yang berasaskan glukos atau dikenali sebagai FDG (Fludeoxyglucose) yang beradioaktif. Radiopharmaceutical adalah sebagai trancer dan selalu yer radiotrancer yang digunakan ialah Fluorine-18 yang mempunyai jangka hayat selama 110 minit.
Pesakit kemudian akan berehat selama 45 minit - 1 jam bertujuan untuk merehatkan otot-otot daripada aktiviti harian.
Setelah satu jam , pesakit ditempatkan ke dalam mesin PET-CT, biasanya berbaring dalam posisi terlentang dan lengan tangan berehat di sisi, atau diletakkan bersama-sama di atas kepala.
Proses pemeriksaan scan akan mengambil masa dalam 15-20 minit sahaja dan proses ini tidak menyakitkan
Kebanyakan pesakit boleh pulang segera selepas scan telah dilakukan. Doktor menyarankan pesakit untuk minum air dengan banyak supaya ubat radioaktif keluar dari sistem mereka lebih cepat. Radiotracers akan hilang sepenuhnya dalam masa tiga hingga empat jam selepas memasuki tubuh.
Diharap maklumat ini memberi gambaran serba sedikit bagaimana prosedur pesakit untuk menjalankan pemeriksaan untuk PET-CT scan.
p/s: gambar-gambar kebanyakkan sumber drpd google
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
bagos..bagos.. bagos
rajin la ko ilya... luangkan masa menulis
en talib...
kena menulis bg sikit info kpd semua org... mostly dlm english kan..so kita share2 pula dlm malay version..(walaupun rojak bahasa).
Thanks..saya lebih bersedia untuk melaluinya 14/6/11 ni. Mula-mula takut gak..tapi bila dah baca..hmm..ok lah. Ada kesan tak untuk org sekeliling kita ? ex:naik kereta otw balik.
Saya pun takut dan risau
Post a Comment