Pages

Thursday, February 10, 2011

Pengemis jalanan....




Assalammualaikum and salam sejahtera all readers,


Tetiba saya nak tulis tajuk ini disebabkan oleh seseorang yg telah datang pada saya dan en tunang saya ketika makan malam tadi


Penjual : Assalammualaikum abg..(sambil bersalam dgn en tunang saya)
En tunang : Walaikumsalam ( salam dia balik)
Penjual : Abg..saya ada jual CD al-quran 30 juzuk.. dgn harga .....(saya tak berapa jelas harga yer) dengan ini juga dapat free surah yassin (sambil menunjukkan buku yer)

En tunang sedang menikmati bubur sentosa sambil memandang saya nak beli atau tidak

Saya : tak per la adik..kami tak nak
Penjual : Saya ader lagi beberapa cd (sambil mengeluarkan cd yang lain...rasa yer cd pasal dlm kubur)

Saya pun mengeluarkan duit dan bagi kepada penjual tadi

Saya : xper la adik..kami tak nak..adik ambik la duit ni..
penjua : xper la akak..saya tak nak duit..saya nak menjual

Teringat saya pada minggu lepas dimana saya bersama kakmimi menunggu untuk membeli sate kajang. Pada masa itu juga ada seorang gadis dtg pd kami sambil menjual cd agama untuk di derma kepada sebuah sekolah swasta.. bukan sorang yang dtg..tp 2 orng.

Esok ye pula saya dan kakmimi pergi berjumpa kawan yer di area PD. Seorng makcik datang pada kami untuk meminta derma serta menjual ubat-ubat (saya pun tak tau ubat apa) dan yang pelik yer untuk di dermakan pada sekolah yg sama yg kami jumpa pada mlm tadi. Bertambah hairan yer...bukan budak-budak yang menjual ..tp seorang yang boleh kami memanggil nenek.

Kakak saya ada menceritakan di mana kawan yer telah menderma dan membeli cd agama ini. Tapi yang malang yer..cd yang diberikan bukan ceramah agama apalagi ayat-ayat al-quran tetapi cd lagu-lagu rock.

Ok ..sebenaryer bukan nak cerita pasal menjual cd/buku tuk minta derma. Saya nak cerita tentang pengemis jalanan yang selalu duduk-duduk di bahu-bahu jalan, tepi-tepi kedai, atas jejambat pejalan kaki mengemis di tepi jalan.

Saya pernah didatangi oleh seorng kanak-kanak meminta duit

kanak-kanak : Kak..... (sambil menghulurkan cawan)
Saya : Adik ni..tak pergi sekolah ker ?? (memandangkan waktu sekolah time tu)
kanak-kanak : Tak

Saya pun bg la sedikit wang

Kanak-kanak : Kak..sikit yer..bagi la lagi..

Dalam hati saya..."dh la minta sedekah..nak lebih-lebih pulak..bukan minta kat aku sorang kat semua orng pulak tu."

Saya : adik..mana mak ayah kamu???
adik : aaaaa.. (dan terus larikan diri)

Kesian kadang-kadang kepada pengemis mcm ni. dh la kanak-kanak..tak pergi sekolah lagi tu..sedih sahaja. Rupanyer kita ni still lagi tiada kemajuan walaupun negara sudah maju. Saya boleh terima orang meminta sedekeh kalau menjual tisu..dan saya tak boleh terima org yang minta sedekah tak buat apa-apa hanya meletakkan anak yg kecil di pangkuan ataupun orang yang cacat.



"Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung". (An-Nuur 24:38)

Allah sudah menjanjikan kepada kita, jika kita berusaha untuk bekerja..pasti ada rezeki kita. Jika kita duduk sahaja sambil menunggu duit turun dari langit..memang tak dapat apa-apa..malah membuang masa.

Jika di perhatikan, kebayakkan peminta sedekah ni kadang-kadang bukan org malaysia.. tp disebabkan org malaysia ni sgtla pemurah, orang asing pun bole duduk sini untuk minta sedekah. Bole menjadi jutawan mereka bila pulang

Katakan la seorng pengemis

pemberi duit RM1.00 sorang
sejam ader 5 orng yg pemurah
dia duduk dari kul 8 pagi sampai 5 petang selama 9 jam (mcm org keje opis)

RM 1.00 x 5 orng x 9 jam = RM45.00

kalau pengemis kerje selama 30 hari tanpa cuti

RM 45.00 x 30 = RM 1350.00

hui...byk jugak tu tanpa buat apa-apa kerje....
Kalau hari minggu lagi ramai orng lalu lalang kan??

Kita sebagai manusia, memanglah digalakan membantu org yang susah..tetapi kalau org susah selalu sgt mengharapkan orng lain..mungkin dia tidak akan berusaha untuk mencari rezeki yang halal. So, kita juga mestila menilai terlebih dahulu mana yang perlu untuk di dermakan atau sedekah kan wang kita kepada yang memerlukan.


Tapi ingatlah...
"tangan yang memberi lebih baik drpd menerima"


1 comment:

sweet tooth said...

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka berusaha untuk mengubahnya... yang penting kena berusaha...bukan mengharap belas semata...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...