Isu Blackberry kat negara kita tak lah sehangat seperti di negara luar. Lagipun kerajaan kita tidak mengharamkan pengunaan telefon ini kat Malaysia. Tp negara-negara arab, India dan Indonesia sedang mengkaji penggunaan telefon ini. Kenapa di haramkan penggunaan yer???? Saya pun kompius??? Cuba la untuk mencari fakta-fakta mengapa di Google.
Apa yg saya baca mengenai Blackberry ni, telefon ini mengancam keselamatan negara. Satu-satunya telefon yang menyampaikan maklumat pengguna secara automatik kepada pusat data di luar negara. RIM memberi panduan pengguna membuang perisian yang membolehkan pihak luar memeriksa Blackberry mereka. TRA menekankan, peralatan BlackBerry beroperasi di luar undang-undang tempatan kerana ia menghantar data ke negara luar untuk diuruskan pertubuhan komersial asing. Untuk pengetahuan semua, pusat data yer berpekalan di Kanada.
Cerita yg menarik perhatian saya ketika membaca Berita harian on-line di halaman dunia dimana India mahu menutup Google dan skype setelah blackbarry menjadi isu.
Kelmarin, kerajaan India menjadi negara terbaru daripada beberapa negara yang mengugut untuk menamatkan perkhidmatan emel dan mesej berkod BlackBerry kendalian Research in Motion (RIM) jika syarikat Kanada itu tidak menangani kebimbangan daripada segi keselamatan.
India menetapkan 31 Ogos ini sebagai tarikh akhir penyelesaian isu berkenaan kepada RIM. Ia mahu capaian dalam format boleh dibaca komunikasi kod BlackBerry, atas alasan ia mungkin digunakan militan.
Militan berpusat di Pakistan menggunakan telefon bimbit dan satelit dalam serangan Mumbai 2008 yang mengorbankan 166 orang.
Tuntutan India diikuti satu perjanjian dengan Arab Saudi dan satu sumber berkata, RIM bersetuju untuk memberi pihak berkuasa kod pengguna mesej BlackBerry. Emiriah Arab bersatu (UAE), Lubnan dan Algeria turut memohon capaian itu.
Pihak berkuasa berkata, RIM mencadangkan pengesanan emel tanpa berkongsi perincian berkod, namun itu tidak mencukupi.
FT melaporkan, wakil daripada dua persatuan pengendali telekomunikasi yang hadir mengesahkan perincian pertemuan itu awal bulan ini.
“Pada mesyuarat keselamatan terakhir, mereka bercakap mengenai BlackBerry. Mereka juga membuat tuntutan terhadap Skype dan Google,” kata Rajesh Chharia, Presiden Persatuan Penyedia Perkhidmatan Internet India.
Negara-negara ini menuntut RIM (Research In Motion- is the company behind the BlackBerry® brand) untuk membuka pengkalan data di negara masing-masing. Ini termasuklah Indonesia.
Ini adalah satu ancaman teknologi terkini. Tetapi sebenarnya bergantung pada pengguna itu sendiri nak manfaatkan atau untuk keburukkan untuk diri sendiri.
No comments:
Post a Comment