Pages

Wednesday, August 31, 2011

...dari selatan ke utara...


Assalammualaikum & Salam sejahtera...

1st sekali,

Happy Merdeka raya day!!!!



Sekarang ni saya dah berada di utara tanah air... yup Kedah darul Aman.. Raya ke 2 sudah ni.. Penat balik JB belum hilang lagi terus ke Utara. Esk saya akan pulang ke Selangor dan insyaAllah kalau larat terus pulang ke JB.. Sungguh penat.....


What i'm doing in Kedah... yup..melawat sedara mara sebelah bonda. Setakat saya melawat saya kenal semua lagi... Siap ingatkan jalan untuk ibu saya di mana letak rumah sedra mara..sebab saya rasa setiap kali balik raya..rumah tu juga kami melawat.

Bila melalui jalan-jalan membangkit memori bonda saya, mesti tak lekang cerita zaman-zaman kecik beliau. Terjun dlm sungai... baling lumpuq kat bendang... dan mcm-mcm lagi. berbeza dgn zaman sekarang.. Zaman saya pula, hanya ke kebun sebab saya di besarkan di kuala selangor yg ada kebun-kebun koko sahaj dan bertemankan nyamuk.

Sekarang sungai bonda saya terjun tu dh bertukar kaler... kalau di amati sungai sekarang dh sgt kotor. Banyak sangat sampah sarap di tepi-tepi sungai. Sayang kita tidak hargai sungai kita dari dulu lagi...

Khamis ni saya akan mula kerja kembali.. terasa cepat masa berlalu..sekejap jer saya cuti rupa yer...

ok... enjoy this pic :








Monday, August 29, 2011

Persiapan raya....???? Selamat Hari Raya...



Assalammualaikum & Salam Sejahtera....

I am very sleepy now. Alhamdulilah, almost at the end of Ramadan. Insyaallah we will be celebrating Aidilfitri tomorrow. At the time ends this ramadhan, my ticker is decreasing day. New sense of diminishing my time.

I was preparing baju raya + kuih raya + write the card Raya .... opsss ... already finish Ramadhan, nop la... i write name invitation card. I am very busy in the last day of ramadhan. After this I will go down to help my mom to prepare the Ketupat Palas. Do you know what it is Ketupat Palas?

Ketupat Palas is well known in Kedah, Perlis and Kelantan. As usual like the ketupat sate, but the gist of using
beras pulut.


This Ketupat palas

Ok, I have no more time to continue the story in this blog. I need to finish all my work before pulang ke kampung.

To All my friends :

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin





p/s: messy room..... all thing i want to do before raya!!!





Wednesday, August 24, 2011

Ramadhan yang terakhir.....

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

InsyaAllah kita akan menyambut Syawal dlm masa beberapa hari lagi. Mungkin ini ramadhan kita yang terakhir. Semoga kita dapat berjumpa dgn Ramadhan akan datang.

Minggu terakhir Ramadhan.... InsyaAllah minggu depan Raya...
Tahun terakhir Ramadhan sebagai bujang.. insyaAllah akan bergelar isteri
Ramadhan terakhir untuk kita... insyaAllah semoga kita jumpa lagi ramadhan tahun hadapan

Di kesempatan ini, ingin saya mohon kemaafan jika terkilaf bahasa, terkasar bicara, tersinggung perasaan dan semua kesalahan yang ada....

Semoga hari-hari terakhir ramadhan ini, kita menjadi lebih tawadhuk... untuk mengingatkan diri sendiri & semua siapa diri kita.

Semoga hati kita sentiasa merindui kedatangan Ramadhan akan datang... insyaAllah...


Wednesday, August 17, 2011

Segmen Promosi Blog 500 Follower ke Bawah

Assalammaualaikum & salam sejahtera to all.

Terima kasih pada syaida kerana tag pada saya. Ok , ni merupakan promosi yg dibuat oleh anif kepada bloger-bloger yg mempunyai follower 500 ke bawah... saya pun tak sampai 20 pun... huhuhu.. memang sesuai la.. Sebab yer, saya bukan tak aktif nak update blog, tetapi kekangan masa dan saya tak dapat untuk curi masa meng 'update' selalu. Dan juga, link internet di atas awan ni sgt kurang memberangsangkan .Itu mungkin salah satu sebab saya kekurangan follower. hehehe

InsyaAllah lepas ni saya akan rajin meng'update' blog saya dgn informasi yg berguna untuk semua.

Ok, kepada mereka-mereka yg merasakan tak byk follower lagi, jom join segmen ni..mana tahu, tuah ayam nampak di kaki tuah manusia mungkin milik anda....

Tujuan Segmen:
Untuk meningkatkan jumlah follower 500 kebawah sahaja (500 ke atas,sori eh) dan memeriahkan blog korang sempena bulan puasa,kemerdekaan dan lebaran ini dengan tetamu yg hadir.. Tambahan pula, para blogger dapat jugak bertukar-tukar hobi sekaligus merapatkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.( saya copy from anif blog)

Saya pun nak join segmen ni dan kita ikut syarat-syarat penyertaan yer :



1)Follower Blog ini. -done-
2)Copy BANNER di atas.-done-

3) Paste kan ke dalam entri yang korang buat bertajuk " Segmen Promosi Blog 500 Follower Ke Bawah " -done seperti kat atas tu-


4) Di dalam entri itu haruslah ada :
  • Nama : ILYA AFIRINA
  • Hobi korang : berFB, membaca, melancong

5) Dah siap,tinggalkan LINK korang tu ke entri ini... Senang kan? -done (lepas post entry ni)-


6) Korang ada kebebasan untuk TAG kawan-kawan (pastikan mereka tahu ya)


i) G-ar (blum lagi kan 500 follower)
ii) acik
iii) huda

dan kepada mereka nak join segmen ni!!! good luck semua....






Saturday, August 13, 2011

Bulan Ramadhan vs Lagu Raya




-google-


Assalammualaikum & salam sejahtera,


Malam tadi saya ke Kota Raya di JB. Kat shopping complex ni ada masjid, so ramai la org dtg untuk buat terawih.

Sebelum puasa, shopping complex ni tak ada la meriah mana. kalau hari biasa, kul 8 semua kedai dah nak tutup. Tp memandangkan bulan ramadhan ni, ramai org dari negara sebelah dtg untuk bershoping, maka semua kedai majoriti melewatkan masa tutup kedai.


Banyak juga bazar-bazar & gerai-gerai jual kuih-kuih raya dan baju-baju raya yg di buka. Saya boleh katakan, setiap hari memang ada org akan berkunjung di sini.

Tapi saya hairan baru beberapa hari berpuasa, lagu raya sudah didendangkan. Kalau masa kecik-kecik dulu , 10 hari lagi nak raya or 15 hari lagi nak raya, baru la ada lagu raya. Sudah banyak masa berubah.

Semangat untuk kita memperlipat gandakan pahala ketika bulan ramadhan tidak diperdulikan. Persiapan untuk hari raya, awal-awal dh buat. Kalau sebelum masuk ramadhan , tak pula nak buat persiapan macam nak sambut bulan syawal.

Saya tak boleh nak salahkan kepada sesiapa pun. Mungkin buat persiapan awal juga bagus untuk kita, tak payah last minit nak cari semua. Sekarang raya tak macam dulu. Semua nak tukar baru. Sampai kereta pun nak tukar baru.

Oh..saya dh merepek sampai persiapan raya. Fokus adalah tentang lagu raya. Sepatutnyer, lagu raya tak perlu la diputarkan seawal bulan ramadhan. Kita hormatilah bulan ramadhan dan tumpukan perhatian untuk meningkatkan iman dan tawaduk di bulan mulia ini. Selain itu, hari pertama syawal dapat la dihayati kemenangan bulan ramadhan. Kalau awal-awal kita dh dengar lagu raya, semangat raya juga sudah pudar. Lagu raya dh rasa seperti lagu biasa.

Biar lagu raya menjadi nostalgia bagi kita setiap kali tibanya Syawal. Mungkin lagu raya yg diputarkan ketika beberapa hari sebelum syawal memberi kita semangat untuk meneruskan tradisi kunjung mengunjung dan berjumpa sanak saudara ketika syawal.

Oh... dalam asyik kita menanti bulan syawal ni, 10 malam terakhir ini jangan lupa memperbanyakkan ibadah dan tawaduk kepadaNya. Mana tahu, ini ramadhan terakhir kita . Takut tidak sempat untuk berjumpa Ramadhan tahun depan. Biar kita meriahkan ramadhan tahun ini dengan pesta ibadah.

Akhir sekali, selamat memperlipatkali ganda pahala di bulan Ramadhan ini. Semoga kita dapat berjumpa lagi ramadhan tahun hadapan. InsyaAllah. enjoy this pic from this blog

Friday, August 12, 2011

selamat berpuasa



Assalamamualikum & salam sejahtera





Sorry, dh lama tak update blog. Agak bz semasa... hehe.


Cerita episod 2 tak payah cerita la... dh basi cerita tu kot 4 bulan yg lepas..








Sempena bulan ramadhan yang belum lagi di penghujungnya,


saya mengucapkan






SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...