Pages

Monday, January 2, 2012

Happy new year!!! .... bermula cerita tahun baru yang tak best

Assalamualaikum & Salam sejahtera...



1st of all, Happy New Year to all reader..
2nd : dh ada azam baru??? Saya hari- hari ada azam baru. so tak payah la tanam azam setiap kali tahun baru


2011 dh melabuhkan tirai... 2012 dh muncul akhir yer.. Tak sedar masa berlalu begitu pantas, cepat, sekejap. Baru terasa semalam macam hidup bujang lagi. Sekarang dh kawin... cepat kan.

Pembukaan 2012 yang tak best nak dengar berita dari BOS saya. Janji macam-macam mula-mula nak ambik kerja. Kalau tahu la sikap mcm ni, memang saya tak kerja sini. Tapi, bersyukur la apa yang ada. Dari tak ada kerja dan merempat.

Saya rasa sebagai pekerja saya ada hak untuk bersuara. Kenapa tidak pula?

Cerita yer : bos telah menyampaikan kepada pekerja yang lain akan ada kenaikan gaji. Bonus tahun ni tak ada ( sebelum ni janji nak bagi bonus.. last-last tak jadi). Janji dgn saya mula-mula nak masuk kerja, bonus tiap-tiap tahun. Ok lupakan cerita bonus. Semua naik gaji kecuali sesiapa yang pregnant   tiada kenaikan gaji. SEBAB: merugikan syarikat bila tempoh cuti 2 bulan. Gaji akan naik selepas bersalin. Ada ker polisi macam ini kat company lain???

Kalau la kata saya bersalin bulan 12, bukan yer setahun tak ada kenaikan gaji???


Bila di tanyakan pendapat ini kepada yang lain.. ada yang setuju. Suruh saya berada di tempat bos pula , mesti kita tak nak   rugikan.  Duit bayar kepada pekerja yang cuti 2 bulan, macam sia-sia sahaja.

Jika berada di tempat saya:
- Saya dah la sekarang ni kena naik kenderaan awam, tak naik kereta company, ulang-alik tiap-tiap minggu.
- Kekadang tu , saya cover gak bos dari pihak *****. Kalau tak, bos saya ni dh lama kena denda !!!
- Saya selalu kena stayback sampai petang ( xder pula nak complain)...skrg saya nak complain...
- Kekadang menjadi S/U tak rasmi bos!!! (tak minta pun gaji lebih)

Kalau bos saya pikir untuk tahun 2012 .... baik bos saya pikir 2011 punya kerja saya. Saya bukan nak ungkit balik. Tapi geram jer dengar majikan berkata begitu. Kalau ikiut kan hati saya, surat letak jawatan saya dh hantar akhir bulan ni. Biar bos saya cari sendiri pekerja untuk jadi RPO. Hantar la ke PJ untuk training dgn kos RM 5k balik. 

Terasa diri ini di tipu majikan. Geram...
Sila la ambil hati pekerja anda. 

Moral: Kekadang tu kita kena bersyukur apa yang ada. Biar la orang nak buat kita apa-apa sahaja, semoga di akhirat kita boleh tuntut kembali hak kita. Allah sentiasa bersama orang-orang bersabar... amin.


























4 comments:

sweet tooth said...

cik, try la apply tempat lain...aku pun kesiang tgk ko tetiap minggu naik kl.

kakcik said...

itu la kaknina... wait and see. Bukan senang nak cr kerja skrg

fredd said...

salam...selamat tahun baru 2013.

nasri said...

selamat tahun baru

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...