Pages

Friday, March 25, 2011

Arak dan Cashier


Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Terpanggil untuk berkongsi pendapat tentang Cashier di pasaraya besar seperti Tesco, Giant dan yg kecil 7Eleven dimana ada menjual arak.

Malam tadi saya singgah sebentar di Tesco untuk membeli barangan harian. Ketika saya dan rakan-rakan nk pergi membayar di hadapan kami adalah orang bukan muslim membeli arak dan disebelah kauter kami se troli arak di beli. Seperti kita maklum, kebayakkan cashier kat pasaraya besar ni Melayu dan Islam. Siap pakai tudung lagi. Dengan rasa sedih yer saya melihat mereka degan selamber sahaja memengang botol arak, masuk kan ke dalam plasti. Rupanya orang islam di Malaysia masih lagi cetek ilmu pengetahuan tentang Haram dan Halal yer sesuatu pekerjaan. Sangat sedih kerana melihat sesama muslim dapat dosa free-free sahaja.

Ok sini saya masukkan petikkan daripada ustaz Zaharuddin.

HUKUM KERJA DI 7 ELEVEN

SOALAN:

Di sini saya ingin ajukan satu soalan, bagaimana hukum pendapatan saya sekiranya saya bekerja di kedai 24 jam yang agak terkenal iaitu 7eleven, kedai ini ada menjual minuman arak, adakah saya termasuk dalam gologan orang yang dilaknat oleh Allah ?

JAWAPAN UZAR :

Secara umumnya, kerja sebagai cashier di pasaraya termasuk 7 eleven adalah halal. Bagaimanapun jika ada orang membeli arak dan melakukan pembayaran di kaunter anda, tatkala itu anda turut mendapat dosa dan laknat Nabi SAW kerana ia dianggap telah membantu pembelian arak itu. Demikian juga jika pekerja itu seorang pembantu yang menyusun dan semak stok arak dan lain-lain yang diharamkan, apa sahaja yang berkait dengan menyusun arak, mempamerkannya adalah berdosa.

Perlu difahami, tidak semua perkara haram sama tahap berat dosanya, ada yang dosa besar dan ada dosa yang lebih kecil. Allah SWT lebih mengetahui, bagi mendapat lebih jelas panduan hukum dalam hal ini adalah hadith Nabi SAW :-

عن أَنَسِ بن مَالِكٍ قال لَعَنَ رسول اللَّهِ في الْخَمْرِ عَشْرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةُ إليه وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِي لها وَالْمُشْتَرَاةُ له

"Rasulullah saw melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah : Tirmidzi : Hadith Gharib : Al-Munziri dalam At-Targhib: Perawinya thiqah )"

Dalam menghuraikan hadith ini dan kaitannya dengan cashier :-

وآكل ثمنها المشتري : أي للشرب أو للتجارة بالوكالة وغيرها

Ertinya : Pemakan harta dari jualan arak yang dibeli pelanggan : iaitu samada untuk diminum atau untuk dijadikan barang dagangan melalui wakil ( Mirqat al-Mafatih, 6/22)

Dan juga sebuah lagi hadith

عن جَابِرِ بن عبد اللَّهِ رضي الله عنهما أَنَّهُ سمع رَسُولَ اللَّهِ يقول عَامَ الْفَتْحِ وهو بِمَكَّةَ إِنَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ حَرَّمَ بَيْعَ الْخَمْرِ وَالْمَيْتَةِ وَالْخِنْزِيرِ وَالْأَصْنَامِ

Ertinya : Dari Jabir r.a berkata ia mendengar Rasulullah SAW bersabda pada hari pembukaan Mekah, sesungguhnya Allah dan rasulNya mengharamkan penjualan arak, bangkai, khinzir dan berhala. ( Riwayat al-Bukhari, 2/779)

Secara ringkasnya, ini bermakna kerja sebegini boleh menyebabkan pendapatannya bercampur halal dan haram. Keadaan ini boleh diselesaikan dengan memperuntukan sedeqah sebahagian dari harta setiap bulan kepada faqir miskin. Ia bergantung kepada iman kita, jika ingin rasa lebih tenang, sedeqahlah dalam jumlah yang wajar dengan keterlibatan penjualan arak tadi.

Adapun jual kondom di 7 eleven agak sedikit berbeza, kerana kita tidak dinafikan ada suami isteri yang membelinya juga, ia adalah halal

Adapun, bagi yang berlagak bagai suami isteri lalu membelinya untuk perzinaan mereka, cashier yang tidak mengetahui tidak terlibat dalam dosa tersebut, kecuali jika dalam sesetengah keadaan ada cashier yang mempunyai rakan-rakan muda yang diketahui kaki berzina, lalu meminta bantuan untuk membeli kondom dari kedai yang dijaga oleh rakannya. Ketika itu, bantuan itu menjadikan tindakannya adalah haram dengan dosa besar. Wallahu'alam.

Sebagai akhirnya, saya berasa lega kerana di beberapa buah pasaraya, mereka memisahkan kaunter pembayaran barangan tidak halal dibuat di kaunter khas yang dijaga oleh bukan Islam. Ia baik bagi menjaga kebajikan pekerja Islam.

Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman


Sudah sedia maklum yang arak tu haram..tetap haram. Tidak silap saya masa saya belajar dulu pun ketika sekolah menengah pun ustazah/ ustaz dah kata haram walaupun kita tak minum. Kepada rakan-rakan yang bekerja di premis menjual arak, sila la memberi perhatiaan. Jika boleh sila la anda berbincang dengan pihak managment or mencari kerja selain yang terlibat dengan arak. Jangan tambah saham dosa kita.


Thursday, March 17, 2011

me vs radiasi??


Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Sekarang ni sibuk mengatakan tentang reaktor tenaga nuklear jepun yang terbakar dan telah memusnahkan 2 reaktor nuklear. Rakyat malaysia juga bimbang tentang radiasi yg sedang merebak di sekitar negara jepun. Takut juga seperti berlaku di seperti di Chernorbyl power plant, Rusia pada 26 april 1986 (sehari sebelum saya masuk 1 tahun).

Sejarah tentang Chernorbyl sikit:


-sumber: google pic-


25 April 1986, 13:00
Anatoly Dyatlov (seorang chief engineer) sedang mempersiapkan untuk menjalankan ujian pada reaktor 4, ujian kesan daripada menjalankan reaktor pada daya rendah. Kawalan batang diturunkan ke dalam reaktor, melambatkan reaksi setengah-kuasa.

25 April 1986, 2:00 pm
Tahap selanjutnya adalah untuk mematikan sistem pendinginan kecemasan. mematikan system pendinginan kecemasan adalah salah berdasarkan dari protokol keselamatan.

Seorang pegawai electrical dari Kiev (bandar ketiga terbesar di Kesatuan Soviet) bimbang bandar akan kehabisan tenaga elektrik dan meminta ujian akan dilanjutkan pada malam hari ketika penggunaan elektrik di bandar itu akan lebih rendah.

25 April 1986, 11:10 pm
lampu hijau diberikan untuk meneruskan ujian itu. Sekali lagi reaktor itu diperlambatkan, kali ini untuk daya operasi terendah.

26 April 1986, 12:00 am

Jurutera melihat reaktor beransur-ansur slow menuju kepada shutdown. Dan ketika itu Anatoly Dyatlov memarahi engineer dan memerintahkan batang kawalan untuk diangkat bagi mempercepat reaksi. Tenaga meningkat, dan air dipam bermula dan menyebabkan air di sekitar reaktor mula mengering. Tanpa air, reaktor mulai panas.

26 April 1986, 01:23 am
Getaran dirasakan. Tiba-tiba, ada lonjakan besar dalam bangker kuasa. Dalam kepanikan, semua batang kawalan diturunkan. Batang tersekat, dan di ikuti dengan letupan besar berlaku.

Kawalan nampaknya tidak lagi berfungsi. Empat jurutera berlari untuk melihat bangker reaktor dari atap dan dapat melihat bencana nuklear terburuk di dunia. Perisai konkrit telah terangkat disebabkan tekanan wap, dan menyebabkan kebakaran dengan api besar. 50 tan zarah radioaktif keluar ke atmosfera.


Begitu cerita Chernorbyl. Pertama kali saya dengar cerita ini ketika di dlm kelas dimana professor kami telah memberi tugasan untuk menonton cerita Chernorbyl dan membuat satu ringkasan tentang cerita ini. Kalau nak tahu..saya ada link kan cerita ini dlm youtube. Itulah sekarang ni negara Jepun sedang sibuk untuk mengangkut air laut dan mengugurkan air (copy paste ayat berita harian) kepada reactor nuclear untuk tujuan penyejukkan. Semoga usaha mereka tidak sia-sia.

Ok, saya tak nak cerita pasal Chernorbyl ni, tersasar pulak cerita.Nati saya buat entri baru tentang Reaktor nuclear. Saya nak cerita tentang radiasi yang dibimbangkan oleh rakyat Malaysia di mana reactor nukleur di Jepun terbakar. Tapi saya tidak takut sgt tentang radiasi itu, apa yg membimbangkan saya adalah radiasi di tempat kerja sendiri.

Saya bekerja di tempat terdedahnya radiasi yg tidak terlalu tinggi. Radiasi bertujuaan untuk perubatan, so kalau ikut justifikasi daripada Regulation AELB, akta 304 dimana untuk tujuaan yang berfaedah atau tujuaan yang boleh memberi kebaikan. Di sini memberi kebaikan kepada pesakit-pesakit untuk diagnosis penyakit kanser.

Itu kepada pesakit, tetapi kepada pekerja juga terdedah. Terutama saya yang menyukat ubat radiopharmaceuticals. So, mana lebih di risaukan??? Jepun or depan mata. Semestinya di depan mata. Jika salah sikit prosedur, mungkin akan menyebabkan saya terdedah lebih daripada sepatutnya.

So, sebagai seorang bekas pelajar Fizik kesihatan, tak guna kalau dh belajar tak pratik apa yg diajar. Paling penting 3 benda asas diperlukan untuk mengurangkan radiasi di tempat kerja or di mana-mana sahaja yang terdedah oleh radiasi iaitu STD








-sumber:google pic-



1) Shielding – Penghalang
• Selalunya menggunakan blok-blok plumbum yang
berketumpatan tinggi. Shielding ni dapat menghalang sinaran untuk menembusinya.



2) Time – Masa
• Apa yang penting kerja yg melibatkankan radiation
memerlukan masa yg lebih pendek untuk terdedah. So kena buat kerja secepat yang
mungkin sambil mengikuti semua prosedur dgn betul

3) Distance – Jarak
• Sila menjarakkan diri anda sejauh yang mungkin daripada sumber radioaktif.
Lebih jauh lebih selamat.





Oleh itu, perkara-perkara di atas perlu dipratikkan ketika mengedalikan bahan radioaktif. Pada setiap bulan akan dipantau nilai yg diterima oleh tubuh badan dgn menggunakan lencana filem dan cincin TLD. Jika bacaan tinggi kena siasat dan perbaiki untuk mengurangkan radiasi di tempat kerja. Setakat ini alhamdullilah, bacaan masih rendah.








Ok..enjoy this documentary : Disaster at Chernobly












Friday, March 11, 2011

BAS EKSPRESS ohhhhh...bas ekspress

-stesen bas larkin -

-waktu yg sepatutyer berjalan-


Sekarang saya berada di atas bas ekspress. Maju juga teknologi sekarang, atas bas pun boleh online lagi. Hahaha..tipu la..bas ni belum bergerak lagi. So, sambil membuang masa, baik saya menaip. Harini saya pulang ke rumah bonda saya. Sebulan sekali ..insyaAllah saya try untuk berjumpa dgn family.

Sekarang saya berada di stesen bas larkin JB. Banyak kali saya berazam tak nak naik bas lagi. Saya tak suka naik bas dr JB-KL. Kenapa??

Ok ini sebab saya tak suka perkdimatan bas di Malaysia:

1)

1) ULAT TIKET yg berlambak..sesuka hati nak bg harga tiket. Lagi-lagi ketika musim cuti panjang atau perayaan. Suka paksa-paksa org beli. Mcm nak tumbuk ada juga.

2) JANJI-JANJI MANIS – Ni selalu sgt saya kena. Dh macam lali. Janji manis yang diperkatakan adalah bas ni bagus. Tepat masa sampai. Tak akan berhenti…terus ke KL

3) TIDAK TEPAT MASA – Dari saya belajar pd tahun 2003 sampai sekarang tak pernah nak berubah. Tak pernah nak tepat masa. Tak sama masa seperti dlm tiket

4) SINGGAH SEBENTAR – Ni selalu gak kena. Kata jer terus ke tempat destinasi. Kata terus ke KL..kejap lagi menyinggah jap kat Batu pahat la, seremban la, so perjalanan makin jauh.

5) R ‘N’ R – Selalu yer bas-bas di Malaysia ni kalau berhenti ni bukan suka berhenti di R&R yang plus dh buat (membazir duit rakyat jer). Suka sgt berhenti di tempat yg diragui ke HALAL lan makanan yer. Diaorg ni nak ckp melayu islam..entah la..main bedal jer makan. Sebab utama mereka berhenti disini kerana pemandu-pemandu bas ni dpt makanan FREE. Saya turun setakat buang air or solat sahaja.

6) PEMANDU TIDAK BERHEMAH- Ada satu ketika tu, saya duduk betul-betul belakang pemandu bas. Jangan ckp la, mereka ni bawa bas dh memang tak ingat org tersayang kat umah, ni lagi nak ingat nyawa penumpang. Jgn ckp la… had meter kelajuan tak silap saya sampai 140km jer…boleh pulak bedal sampai 120-130 km/jam. Mcm mana la tak eksiden ngeri selalu berlaku. Adakah patut. Siap berlumba dengan bas yg lain.

(skrang jam dh kul 11.30… janji manis betul. Memang tak gerak lagi….. saya terus menaip)

Banyak lagi perkara-perkara tidak tertaip di sini.

Tidak semua syarikat bas yg sebegini. Tetapi kebanyakkan yer perkhidmatan bas bergini la. Bas merupakan medium pengangkutan yang utama kepada mereka yg tidak mampu untuk membeli kereta ataupun flight untuk destinasi yang jauh. Saya adalah pengguna bas yg dh agak lama dari zaman belajar sehingga sekarang. Pelbagai ragam telah saya lihatkan. Rasa yer molek la kalau syarikat-syarikat bas ni mengambil perhatian yg serius tentang perkara-perkara di atas.

Kita sebagai pengguna sepatut yer lebih bijak untuk memilih. Tetapi ada kala yer kita ni tak mampu untuk tidak membeli atau menggunakan perkhidmatan bas ekspress ketika waktu terdesak. So terjadila perkara-perkara yg kita sendiri tidak berapa suka. Jika perkhidmatan di negara kita di pertingkatkan, mungkin pengangkutan awam di Malaysia lebih selesa kepada pengguna. Yang paling penting sikap penjual tiket dan pemandu tiket perlulah berhemah. InsyaAllah, nyawa penumpang selamat ke destinasi di tuju.

p/s : bas saya tak bergerak lagi….huhuhuhu sedih yer.. perkhidmatan bergini. Saya bersabar lagi….. (semoga anda di beri hidayah) sekarang dh kul 12.00 tgh hari.

Wednesday, March 9, 2011

sekolah agama atau sekolah biasa???

Asslammualaikum dan salam sejahtera,

Ini hanya pandangan saya sahaja. Harap tajuk ini bukanlah isu besar. Tajuk kali ini agak serius sedikit.

Situasi 1: Parents yang beria nak hantar anak ke sekolah agama

Mommy: nati Man masuk sekolah agama ye..Mommy nk Man jadi anak soleh dan boleh doakan mommy and dady

Anak : mmmmm….Man tak minat..

Situasi 2: Anak yang nakal..kena hantar sekolah agama

Bapa 1 : Aku rasa aku nak hantar anak aku ke sokolah agama..kalau boleh sekolah pondok. Risau sekarang masalah sosial. Semalam aku tangkap anak aku hisap rokok..baru darjah 5 dh pandai hisap rokok

Bapa 2: Aku pun nak hantar anak aku la..

Sekolah agama. Sekarang ni dh banyak rasayer sekolah agama di Malaysia. Daripada sekolah berasrama penuh sehingga kpd sekolah harian dan pondok pun dah banyak. Tapi, adakah anak-anak ni minat nak pergi sekolah agama????

Baik niat ibu dan ayah nak hantar anak ke sekolah agama, untuk anak menjadi anak yang soleh,baik dan taat perintah Allah. Ada juga segelintir ibu bapa yang memikirkan tentang saham akhirat untuk anak menjadi anak yang soleh dan soleha. Tetapi…tak boleh kah anak menjadi anak yang soleh dan soleha dr sekolah biasa. Sekolah harian biasa.. Mungkin banyak cabaran yer. Mungkin juga betul mungkin juga tidak.

Anak yang nakal, awal-awal dah dihantar ke sekolah agama. Jika semua ibu bapa fikir anak yang nakal perlu dihantar sekolah agama, maka semua budak nakal akan dihantar ke sekolah agama dan sekolah agama telah menjadi tempat berkumpul yer budak-budak nakal. Bukan nanti menjadi jadi nakal ker??? Ataupun ibu bapa hanya menyerahkan tanggungjawap mendidik anak-anak untuk menjadi orang yang baik kepada guru-guru sekolah agama???

Baru-baru ini saya telah membaca hasil nukilan Ustaz Hasrizal tentang tajuk “Antara Orang Agama dan Orang Beragama” dlm buku Murabbi Cinta. Ustaz Hasrizal telah mengupas cerita tentang menjadi orang agama dan orang beragama di mana memaksa anak menjadi ‘orang agama’. Di sini ustaz telah menjelaskan tentang minat, kecenderungan dan keupayaan untuk menjadi org beragama. Jika nak tahu lebih lanjut, sila la beli buku ustaz yer.

Jika kita nak tgk anak-anak di masa hadapan menjadi orang yang berguna dgn didikan agama yang betul, ia bermula di rumah. Jika anak-anak kecik-kecik lagi dh dihantar tadika islam, tetapi ibu bapa tidak menghidupkan isi rumah dengan penghayatan islam, maka tidak juga boleh membuatkan anak itu terjamin untuk menjadi anak yang soleh dan soleha.

Daripada pengalaman saya, tidak semua orang yang keluar dr sekolah agama akan kekal menjadi orang beragama. Mungkin lebih memalukan daripada orang yang bersekolah biasa. Saya juga agak terkilan dgn rakan-rakan yg dahulu bersekolah agama bertudung labuh, tetapi bila keluar sekolah agama sikit demi sedikit hilang watak sebagai pelajar sekolah agama. Maaf kepada mereka yg terasa. Jika anda rasa tidak mahu memakai tudung labuh, mungkin anda boleh menutup rambut anda dgn tudung sudah memadai. (Hanya segelitir sahaja)

Saya tidak begitu setuju di mana hanya sekolah agama sahaja akan melahirkan anak-anak yang soleh dan soleha. Sekolah biasa juga boleh melahirkan anak yang soleh dan soleha jika di didik dgn betul. Pilihan ibu bapa menghantar anak-anak kesekolah agama adalah salah satu altenatif yang baik, tetapi perlulah diberi penghayatan dirumah juga. Berilah mereka peluang untuk memilih sendiri di mana minat mereka. Tidak semestinya sekolah yang bukan sekolah agama tidak boleh melahirkan anak yang soleh dan soleha.


Oleh itu, jadikan kehidupan kita dengan penghayatan islam. amin...

Monday, March 7, 2011

bersedia kah????

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Oh...rupa yer lama sungguh tak update blog. Lately ni agak bz sikit dgn kerje dan juga komitmen sebagai seorg kawan... Sekarang ni byk habiskan masa bersama teman-teman sebelum melangkah ke dunia baru...

Tgk kat kalender....huuuu...tinggal beberapa bulan lagi...tapi tak buat apa-apa lagi...baju pun blum tempah... Adakah saya belum lagi bersedia sepenuh yer...

Ok... benda yg dh selesai dijalankan hanya kursus sahaja...hahaha... Yang lain belum lagi. Tgk En tunang lagi la.... byk sgt kerja dia. Kesian dia.... Org lain dh nak siap semua, kami hanya meninggalkan masa berlalu begitu sahaja. Saya pun sibuk dgn hal ehwal kerja dan tempat kerja yg baru akan di buka.

Saya pun takde mood tuk menulis....

sayonara


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...