Sekarang saya berada di atas bas ekspress. Maju juga teknologi sekarang, atas bas pun boleh online lagi. Hahaha..tipu la..bas ni belum bergerak lagi. So, sambil membuang masa, baik saya menaip. Harini saya pulang ke rumah bonda saya. Sebulan sekali ..insyaAllah saya try untuk berjumpa dgn family.
Sekarang saya berada di stesen bas larkin JB. Banyak kali saya berazam tak nak naik bas lagi. Saya tak suka naik bas dr JB-KL. Kenapa??
Ok ini sebab saya tak suka perkdimatan bas di Malaysia:
1)
1) ULAT TIKET yg berlambak..sesuka hati nak bg harga tiket. Lagi-lagi ketika musim cuti panjang atau perayaan. Suka paksa-paksa org beli. Mcm nak tumbuk ada juga.
2) JANJI-JANJI MANIS – Ni selalu sgt saya kena. Dh macam lali. Janji manis yang diperkatakan adalah bas ni bagus. Tepat masa sampai. Tak akan berhenti…terus ke KL
3) TIDAK TEPAT MASA – Dari saya belajar pd tahun 2003 sampai sekarang tak pernah nak berubah. Tak pernah nak tepat masa. Tak sama masa seperti dlm tiket
4) SINGGAH SEBENTAR – Ni selalu gak kena. Kata jer terus ke tempat destinasi. Kata terus ke KL..kejap lagi menyinggah jap kat Batu pahat la, seremban la, so perjalanan makin jauh.
5) R ‘N’ R – Selalu yer bas-bas di Malaysia ni kalau berhenti ni bukan suka berhenti di R&R yang plus dh buat (membazir duit rakyat jer). Suka sgt berhenti di tempat yg diragui ke HALAL lan makanan yer. Diaorg ni nak ckp melayu islam..entah la..main bedal jer makan. Sebab utama mereka berhenti disini kerana pemandu-pemandu bas ni dpt makanan FREE. Saya turun setakat buang air or solat sahaja.
6) PEMANDU TIDAK BERHEMAH- Ada satu ketika tu, saya duduk betul-betul belakang pemandu bas. Jangan ckp la, mereka ni bawa bas dh memang tak ingat org tersayang kat umah, ni lagi nak ingat nyawa penumpang. Jgn ckp la… had meter kelajuan tak silap saya sampai 140km jer…boleh pulak bedal sampai 120-130 km/jam. Mcm mana la tak eksiden ngeri selalu berlaku. Adakah patut. Siap berlumba dengan bas yg lain.
(skrang jam dh kul 11.30… janji manis betul. Memang tak gerak lagi….. saya terus menaip)
Banyak lagi perkara-perkara tidak tertaip di sini.
Tidak semua syarikat bas yg sebegini. Tetapi kebanyakkan yer perkhidmatan bas bergini la. Bas merupakan medium pengangkutan yang utama kepada mereka yg tidak mampu untuk membeli kereta ataupun flight untuk destinasi yang jauh. Saya adalah pengguna bas yg dh agak lama dari zaman belajar sehingga sekarang. Pelbagai ragam telah saya lihatkan. Rasa yer molek la kalau syarikat-syarikat bas ni mengambil perhatian yg serius tentang perkara-perkara di atas.
Kita sebagai pengguna sepatut yer lebih bijak untuk memilih. Tetapi ada kala yer kita ni tak mampu untuk tidak membeli atau menggunakan perkhidmatan bas ekspress ketika waktu terdesak. So terjadila perkara-perkara yg kita sendiri tidak berapa suka. Jika perkhidmatan di negara kita di pertingkatkan, mungkin pengangkutan awam di Malaysia lebih selesa kepada pengguna. Yang paling penting sikap penjual tiket dan pemandu tiket perlulah berhemah. InsyaAllah, nyawa penumpang selamat ke destinasi di tuju.
p/s : bas saya tak bergerak lagi….huhuhuhu sedih yer.. perkhidmatan bergini. Saya bersabar lagi….. (semoga anda di beri hidayah) sekarang dh kul 12.00 tgh hari.
5 comments:
ilya, jgn nek bas yg bukan2 nama dia. mmg slalu tipu n benti kat tmpt bukan2. naik bas yg nama da establish. baru rs selamat. hehe
kite pon ade isu dgn shamisha tu. dendam. haha
alalaaa kesian3..
naik la trans! cepat pon ok gak..
hehee
tape2 bekorban untuk pulang! :P
yati : hahaha...kali ni pun dia pergi masuk seremban..td ckp tak masuk..memang dh di agak....betul2 bas shamisha tu giler sikit
g-ar: huhuhuhu...akhir yer smpi jugak...
jenama bas po ko naik ni? aku x pernah dengar pon... hehehhe...(org yang x pernah keluar selangor masa zaman belajar)
kakakku..ni bas agak baru la kuar.. pada final sem kat UTM dulu tu..
Post a Comment