Pages

Monday, February 28, 2011

apabila hujung bulan


Bila hujung bulan.......????
Ya bila hujung bulan...
penat kerje sebulan..dan bila hujung bulan......
TAK BEST!!!!

sebab:
  • duit gaji yg baru dapat untuk sebulan hampir 1/2 saje tinggal disebabkan bayar segala hutang-hutang
  • time ni la kereta minta diberi perhatian
  • hari semakin tua... tak berubah-rubah lagi perangai
  • kerje tak siap-siap...

Azam:
  • Nak berjimat cermat
  • Sayangi kereta saya si luna
  • kerna berubah dr sekarang...esk dh masuk mac
  • Siap kan kerje sebelum bulan depan datang...

huhuhuhu.... semoga azam ini tercapai

Monday, February 21, 2011

BROGA HILL









"Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir". (Ar-Ra'd 13:3)

Assalammualaikum and salam sejahtera all reader,

Oh..cerita ni mcm nak basi dh..hahaha. Broga hill!!!! Saya pergi ketika cuti hujung minggu lepas. Saya sangat la teruja untuk pergi ke broga hill. Saya telah berjaya menawan broga hill (macam menawan gunung kinabalu pulak….) Jangan tak disangka, my nephew yg berumur 7 tahun dan berbadan besar pun ( ketika itu my nephew demam) berjaya menawan brogan hill tau (tercabar tak???? Hahahaha) . So sapa-sapa rasa yer tercabar (chewaa) pergi la panjat broga hill tu. Tapi my nephew sampai di tepi-tepi puncak jer… (hahahaha). Kami tak nak bagi dia panjat lagi..sebab agak curam untuk naik ke fasa seterus yer..(sampai buaian dato syed muzzaffar jer…)ß ni nanti saya cerita.


"hai...saya danial"

Ok, kepada sesiapa yang tidak tahu dimana brogan hill, ia terletak di semenyih Selangor. Kalau tak sure jalan ikut mana, di bwh ni saya sertakan map drprd google (saya pun tgk google..saya tak ada GPS).


View Larger Map

Jika nak tgk sunrise baik anda bertolak dr rumah dlm pukul 4 pagi (rumah di sekitar klang valley yer or dekat-dekat dgn semeyih..kalau rasa-rasa anda dr tanjung karang ker…sabak bernam ker..or rawang ataupun dr Melaka..sila la bertolak dr awal). Anda boleh mendaki ketika pukul 5 pagi. Tak payah risau tentang sunyi… setiasa ada org punya. Lagi-lagi hujung minggu..memang ramai org. Mendaki ni mengambil masa 1 jam jugak. So kalau kul 5 naik …kul 6 dh sampai.

-dr tol sg besi ; 6:30 am-

-jln broga; 7:10 am-

To muslim, jgn lupa bw tikar dan ambil air sembahyang awal-awal. Anda boleh bersolat di atas puncak broga hill. Time tu kita perlu bersyukur dgn keindahan ciptaan Allah. Sambil-sambil berseronok ni..boleh la anda berzikir sekali..sedangkan lalang-lalang di sana pun sedang berzikir.

Untuk parking jgn risau..kat bawah kaki bukit tu ader tempat parking private. RM2.00 jer ( untuk masa sekarang feb 2011…sesiapa baca tahun 2012..2013 ker..kalau dh naik harga jgn marah yer). Tetapi anda dinasihatkan tidak meninggalkan barang berharga di dalam kereta. Jangan terkejut yer ....tempat parking bukan yer dataran yang telah ditarkan . Ia yer hanyalah pokok kelapa sawit semata-mata.

-parking -

(Rm2.00 jer yer...)

Jauh perjalanan bukit ni adalah 1.7km dan ketinggian yer sampai ke puncak bukit broga 400m . Baik untuk menguruskan badan anda..hehehehe. (tak payah pergi centr kurus kan badan) dan juga untuk memberi kesihatan yang baik untuk jantung dan mengurangkan kalori (kerana anda mendaki bukit boleh membuatkan kalori anda dibakar). Ketika anda mendaki itu dinasihatkan anda berhati-hati kerana sebenar yer byk jugak gaung-gaung Waktu pagi-pagi tak berapa nampak…so berhati-hati sahaja. Sesiapa nk bw budak kecik dan baru pertama kali datang, sila la datang ketika ada cahaya matahari.





Sepanjang perjalanan, anda akan terperasan, jalan menuju puncak tu byk jalan. So pandai-pandai pilih.. ada yang sgt mencabar..ada yang biasa-biasa jer. Sesiapa yang nak cabaran..pilih la ader cabaran…(kalau tak sure..tanya mereka yg dh banyak kali naik ke sana)

Ok akhir yer kami dh sampai di check point 1. Tinggi juga…dan sampai di sini sahaja my nephew dibenarkan untuk mendaki. Kalau check point 2 tu..nak naik curam sikit..(saya sampai situ jer..check point 2..hahaha)


" yeh....saya dah sampai sini!!!"




Sesiapa yg sampai di kaki puncak ini anda akan melihat sebatang pokok yang rendang dan mempunyai 2 tali yg telah tergantung di pokok. Menurut sumber cakap-cakap..tu la buaian yg di buat ketika photoshoot angkasawan kita (Dato syed muzaffar) dan isteri yer ketika pre-wedding. Tapi buaian tu hanya tinggal tali sahaja… papan yer tak tau kat mana tah…

from: google ,kukubesi

-tak ambil full pic-

Ketika saya menuju ke check point ke 2 tu.... ramai jugak dh nak turun ( sebenar yer kami ni panjat kul 729 pagi..hahahaha..tak kuasa nak datang awal-awal). Dan ketika itu la saya terpikir…susah yer nak turun..sebab curam sgt. Untuk memanjat, telah dibuatkan anak-anak tangga memudahkan pendakian....so anda just ikut sahaja laluan yg telah dibuat. Mungkin bila hujan, jalan ini kemungkinan besar agak licin memandangkan hanya tanah merah sahaja tanpa ada rumput. So dah abis sesi bergambar kat atas..saya nak turun terpaksa cari jalan yang lain yang lebih selamat. Ketika itu ternampak lalang-lalang yg mcm telah diterokai oleh mahluk tuhan bernama manusia. Diaorg ni buat macam gelongsor untuk turun..best jugak…


"ye haaaaaa........."

Ok..masa turun tu mungkin mengambil masa lebih pendek dr masa naik. Nama pun turun kalau ikut hukum fizik adalah tarikan gravity..tu la turun lebih cepat dr naik (chewa…dah mcm cikgu fizik pula). Sesiapa yang kehausan dan kepenatan ketika memanjat tu dan terlupa nak bw air..kat bawah tu ader jual macam-macam air dan makanan. Tp sila sediakan duit yg byk sikit yer.. lebih mahal drpd biasa (kat atas puncak tu saya tak pasti ader org jual ker tak..sebab saya tak sampai kat situ) Harga tuk air kelapa sahaja sebiji RM 10.00. harap maklum.

Jika anda tak rasa nak balik lagi..di situ ada ladang arnab. So…sesiapa bw budak kecik..boleh la berkunjung ke sana.. berapa harga??? Saya pun tak tahu..sebab saya tak pergi pun ke sana.

Lastly enjoy this pic and menghayati ciptaan Allah :










-permandangan drpd bawah-

Wednesday, February 16, 2011

**TEMPAHAN UNTUK KEK HANTARAN** -KEK DURIAN-

Assalammualaikum and salam sejahtera all reader,

Ok..ni bukan tajuk cerita persiapan untuk perkahwinan saya. Tapi, ini KEK HANTARAN untuk di jual.

Kek durian ni dah jadi turun temurun kek hantaran drpd family saya. Since saya berumur 12 tahun time tu makcik saya kahwin, mama saya telah menyiapkan kek hantaran durian ni. Dah nk masuk beberapa abad ni, tradisi menghantar kek durian ni menjadi mcm kewajipan dlm family kami. So, dgn idea semua ahli keluarga, mama saya nak jual pula kek ni kepada semua yang berminat. Jgn tak percaya, ramai tertipu dgn kek ini yg semesti yer sebijik mcm durian.


So, sesiapa nak kahwin or bertunang dan nak hantaran kek ini, boleh msg saya di facebook atau tinggalkan email di box saya ok. Saya akan bagi harga yer

area: klang valley (KL & Selangor)
JB (coming soon)












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...