Pages

Tuesday, February 1, 2011

Prosedur PET CT SCAN



Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca,

Ok harini kita cerita pasal PET-CT scan dan saya banyak menggunakan bahasa melayu (kalau tak.... baik jer anda pergi cari google PET-CT scan mesti beribu-ribu carian mesti ada dlm english version) dan ayat-ayat digunakan agak skema sikit.

Pet-Ct scan ini bukan scan haiwan yer..ni scan manusia, Semestinya org akan bertanya kepada kami

Customer 1: ini tempat boleh sken anjing tak???
Nurse : bukan..bukan..ini tuk scan manusia.. ini mau check itu dalam badan
Customer 1: oooo..bukan tuk binatang ye...ok ..ok..


PET (Positron emission tomography)
CT (computed Tomography)

PET SCAN adalah teknologi terbaru dalam bidang perubatan nuklear dan diagnosis di Malaysia.PET-CT scan adalah gabungan antara mesin PET dan juga mesin CT untuk menghasilkan imej yang lebih berkesan.PET scan menggunakan radiasi, atau pengimejan perubatan nuklear, untuk menghasilkan 3-dimensi, gambar warna proses fisiologi dalam tubuh manusia. PET adalah singkatan dari tomografi pembebasan positron. Mesin ini akan mengesan sinar gamma yang dipancarkan secara tidak langsung oleh pesakit setelah disuntik dengan radiopharmaceutical yang beradioaktif di dalam tubuh pesakit. Foto-foto tersebut dibina dengan analisis komputer.

ini contoh gambar-gambar yg dihasilkan (from google)





Kat Malaysia ni tak byk hospital yg ader kemudahan ini. Hanya beberapa medical center dan juga hospital sahaja ada kemudahan ini.

Prosedur:

Sebelum datang ke Pet-CT scan canter

Sangat penting untuk mengikuti diet diubahsuai dan tahap aktiviti sebelum ujian dijalankan untuk menghasilkan gambar yang optimum.
Berpuasa selama 6 jam sebelum ujian. (boleh minum plain water)
Untuk 6-12 jam sebelum ujian,
Kurangkan atau tidak memakan karbohidrat (karbohidrat termasuk roti, pasta, kentang, beras, dll) atau gula (termasuk pengganti gula, buah, jus buah-buahan, soda, dan minuman diet).
Tidak exercise selama 12 jam sebelum ujian.
Sila minum sekurang-kurangnya 32 ons air dalam 6 jam sebelum waktu scan.
Tidak meminum kafein selama 24 jam sebelum ujian.


PET merupakan sebuah mesin perubatan yang membantu doktor dalam mengesan penyakit. Secara umum nyer, PET scan menghasilkan gambar digital yang boleh mengesan dan mengenalpasti pelbagai bentuk kanser, kerosakan tisu jantung, dan gangguan otak seperti Alzheimer, Parkinson, dan epilepsi. Secara teknikal, PET merupakan teknologi perubatan dimana dapat mengesan perubahan biologi pada peringkat molekul sebelum perubahan anatomi yang dapat dikesan.

Selain itu, PET juga dapat membezakan antara tisu maglinant(tisu kanser) atau tisu benign (tisu bukan kanser)dan juga dapat menganggarkan saiz tumor.




Pada permulaan proses pemeriksaan, pesakit akan diberi suntikan ubat radiopharmaceutical yang berasaskan glukos atau dikenali sebagai FDG (Fludeoxyglucose) yang beradioaktif. Radiopharmaceutical adalah sebagai trancer dan selalu yer radiotrancer yang digunakan ialah Fluorine-18 yang mempunyai jangka hayat selama 110 minit.





Pesakit kemudian akan berehat selama 45 minit - 1 jam bertujuan untuk merehatkan otot-otot daripada aktiviti harian.

Setelah satu jam , pesakit ditempatkan ke dalam mesin PET-CT, biasanya berbaring dalam posisi terlentang dan lengan tangan berehat di sisi, atau diletakkan bersama-sama di atas kepala.




Proses pemeriksaan scan akan mengambil masa dalam 15-20 minit sahaja dan proses ini tidak menyakitkan

Kebanyakan pesakit boleh pulang segera selepas scan telah dilakukan. Doktor menyarankan pesakit untuk minum air dengan banyak supaya ubat radioaktif keluar dari sistem mereka lebih cepat. Radiotracers akan hilang sepenuhnya dalam masa tiga hingga empat jam selepas memasuki tubuh.

Diharap maklumat ini memberi gambaran serba sedikit bagaimana prosedur pesakit untuk menjalankan pemeriksaan untuk PET-CT scan.

p/s: gambar-gambar kebanyakkan sumber drpd google

Monday, January 31, 2011

Rindu pada sang mentari




saya rasa kali terakhir nampak matahari hari khamis minggu lepas..itu pun hanya seketika.. dan kemudian tidak kelihatan sehingga sekarang..oh..saya amat merindui sang matahari.
Hujan tidak berhenti sejak hari itu, pada khamis petang itu jugak hanya muncul seketika bila senja menjelma (ceh...mcm ayat novel) Sejuk di rasai sehingga ke tulang rusuk..huhuhuhu

“Dan Allah menciptakan padanya bulan sebagai ‘nuur’ dan menjadikan matahari sebagai ‘siraaja’ (pelita)”. (QS. 71: 16)

Matahari ...
Bagi saya ia amat bermakna..biar kering kontang pun ..saya tetap suka matahari. Saya bukan tidak suka hujan... tp saya fobia dgn hujan...Hujan seperti kegelapan dan ketakutan untuk saya..sedangkan hujan itu rahmat... biar hujan seketika..tp tak sanggup untuk menghadapi hari2 hujan...


"Dialah Yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air ("hujan") dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan "hujan" itu segala buah-buahan sebagai rezki untukmu; karena itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui". (QS. 2:22)

Jika hujan..perut pun sudah lapar...so this weeknd saya bersama sahabat-sahabat saya telah membuat puding roti...(sedap jugak rasa yer) . Saya bersama cik ayuz dan cik dayah suka main "masak-masak". Dah 2x kelas masakan diadakan..( seronok main masak-masak rupa yer). Kami sebenaryer nak meneingkatkan ilmu rumahtangga..(hehehehe) so, tu la sebab saya selalu main masak-masak bersama mereka.







Ok lah..itu sahaja tuk minggu ni.. marilah kita berdoa supaya hujan berhenti supaya johor tak banjir...huhuhu(nati tak dpt nk balik kg) huhuhuhu

Friday, January 28, 2011

6% goverment tax????


Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Earlier this year I got a msg from one mobile network in which the Service "for the payment of government tax increased from 5% to 6%. Oh my god... I just found out after several months of the announcement of the 2011 budget. Very unhappy because I had to pay more than often (unlike) and I do not know about budget every year since after graduate(sebab masa belajar ader juga benefit yer)and I think this budget is not directly concerned about the welfare of private sector workers. There are also some good things to everyone, but not too much when compared with gomen employees. for example .... cuti bersalin 3 months for women gomen workers.

It's ok.. lupakan....
accutually saya ni tak berpuasa hati kerana dh kena income tax (hahaha..org lain dh lama kena..saya yg baru kena bayar dh bising2) Walaupun 1% jer naik ...tp mcm susah jer.. saya ingat kan hanya kepada fastfood sahaja...tp tuk semua servis..( sob..sob) makin susah nak hidupp rupa yer lepas abis belajar... (kepada adik2 yg dpt pinjaman ptptn tu..ingat la..buat simpanan, jgn boros sahaja). Tax2 ni kalau bg saya benefit ok jugak..tp tak jugak. Perkhidmatan yg kita bayar tu pun tak seberapa kita dapat. Ini pandangan saya lah... tu belum service tax ...kalau sevice tax tu mereka2 ni buat kerje yg bagus..tak adalah saya setiap bulan bising pd rangkaian internet saya yg tak pernah2 nak update saya punya bill..minta duit jer pandai..lepas tu lupa pulak ader bg free...


Service tax increase to 6% from 5%

Service tax rate will be increased from 5% to 6% with effect from 1 Jan 2011. This will impact quite a number of service industry as well as individual consumptions. This may be a temporary measure to increase government revenue while pending the implementation of Goods and Services Tax (GST). You may probably feel the effect of service tax increase, although some said marginal, in 2011 when you visit to the restaurants, or when you pay your telephone bills.


-from nbc.com-


Secara positive site yer:
-insyaAllah tax2 yang di kenakan ni adalah untuk keperluan semua lapisan masyarakat untuk memajukan lagi taraf kehidupan kita
-tax2 ini dapat memberi perkhidmatan yg lebih baik kepada masyarakat
-tax2 ini dapat memberi sumbangan kepada pendidikan, kesihatan (fizikal,mental& rohani) masyarakat
-secara umum yer tax2 ini dpt di sumbangkan ke arah kebaikan...


ok lah ..ini pandangan saya sahaj..terserah kepada individu untuk menilai yer..

sekian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...