Pages

Wednesday, February 9, 2011

** Hujan Cendawan **

Assalammualaikum and salam sejahtera to all readers..



"Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa)."


Who has made the earth your couch, and the heavens your canopy; and sent down rain from the heavens; and brought forth therewith Fruits for your sustenance; then set not up rivals unto Allah when ye know (the truth).

(Al-Baqarah 2:22)


Indah ciptaan Allah....
Ini scenery drpd tingkat 33 menara landmark ..
Ketika ini hujan turun di Singapora...
Cantik mcm cendawan sahaja...
Pertemuan 2 gumpalan awan....
Inilah ciptaan Allah...




(ini kwsn nusa jaya)

Monday, February 7, 2011

Fire...fire...fireworks in klang city

Assalammualaikum and salam sejahtera all readers..

First of all, I want to wish the Chinese new year to all my Chinese friends. It's hoped that in the rabbit year will have happiness and good health. So..don't forget to give me angpow ya!!!!

Ok... for your information, saya ni duduk dipersekitaran perumahan 1 malaysia..hehehe. I mean, tempat duduk saya ade pelbagai kaum, bangsa dan agama. So mostly di bandar klang ni adalah berbangsa Cina. Pada malam perayaan tahun baru cina, byk la meletup sana..meletup sini.. Di kesempatan itu..saya pun try la pd camera baru tuk mengambil gambar-gambar yg cantik-cantik...(saya baru nak belajar ambik gambar)


Berbalik kepada tajuk asal.. Saya telah mengunakan NEX3 sony camera untuk menghasil kan gambar yg tak seberapa cantik (nama pun baru belajar kan). Saya menggunakan lens 120 (rasa yer la..nanti saya tgk balik). Maaf la..saya ni baru belajar pasal peralatan camera..so tak sure mana satu kan...

So..enjoy this pic...sapa-sapa nak komen dipersilakan... boleh saya perbaiki teknik untuk mengambil photo untuk kali ini.

p/s: gambar tidak cantik..saya bukan pro dlm bidang ini.


ni mcm bentuk bunga kot





gambar ni perlu diperbaiki lagi kan....






di diantara 2... mcm lampu mentol terbakar pun ada..hahaha




ni kecikkk jer..cinonet


ni macam2...





ok..terakhir sekali





Tuesday, February 1, 2011

Prosedur PET CT SCAN



Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca,

Ok harini kita cerita pasal PET-CT scan dan saya banyak menggunakan bahasa melayu (kalau tak.... baik jer anda pergi cari google PET-CT scan mesti beribu-ribu carian mesti ada dlm english version) dan ayat-ayat digunakan agak skema sikit.

Pet-Ct scan ini bukan scan haiwan yer..ni scan manusia, Semestinya org akan bertanya kepada kami

Customer 1: ini tempat boleh sken anjing tak???
Nurse : bukan..bukan..ini tuk scan manusia.. ini mau check itu dalam badan
Customer 1: oooo..bukan tuk binatang ye...ok ..ok..


PET (Positron emission tomography)
CT (computed Tomography)

PET SCAN adalah teknologi terbaru dalam bidang perubatan nuklear dan diagnosis di Malaysia.PET-CT scan adalah gabungan antara mesin PET dan juga mesin CT untuk menghasilkan imej yang lebih berkesan.PET scan menggunakan radiasi, atau pengimejan perubatan nuklear, untuk menghasilkan 3-dimensi, gambar warna proses fisiologi dalam tubuh manusia. PET adalah singkatan dari tomografi pembebasan positron. Mesin ini akan mengesan sinar gamma yang dipancarkan secara tidak langsung oleh pesakit setelah disuntik dengan radiopharmaceutical yang beradioaktif di dalam tubuh pesakit. Foto-foto tersebut dibina dengan analisis komputer.

ini contoh gambar-gambar yg dihasilkan (from google)





Kat Malaysia ni tak byk hospital yg ader kemudahan ini. Hanya beberapa medical center dan juga hospital sahaja ada kemudahan ini.

Prosedur:

Sebelum datang ke Pet-CT scan canter

Sangat penting untuk mengikuti diet diubahsuai dan tahap aktiviti sebelum ujian dijalankan untuk menghasilkan gambar yang optimum.
Berpuasa selama 6 jam sebelum ujian. (boleh minum plain water)
Untuk 6-12 jam sebelum ujian,
Kurangkan atau tidak memakan karbohidrat (karbohidrat termasuk roti, pasta, kentang, beras, dll) atau gula (termasuk pengganti gula, buah, jus buah-buahan, soda, dan minuman diet).
Tidak exercise selama 12 jam sebelum ujian.
Sila minum sekurang-kurangnya 32 ons air dalam 6 jam sebelum waktu scan.
Tidak meminum kafein selama 24 jam sebelum ujian.


PET merupakan sebuah mesin perubatan yang membantu doktor dalam mengesan penyakit. Secara umum nyer, PET scan menghasilkan gambar digital yang boleh mengesan dan mengenalpasti pelbagai bentuk kanser, kerosakan tisu jantung, dan gangguan otak seperti Alzheimer, Parkinson, dan epilepsi. Secara teknikal, PET merupakan teknologi perubatan dimana dapat mengesan perubahan biologi pada peringkat molekul sebelum perubahan anatomi yang dapat dikesan.

Selain itu, PET juga dapat membezakan antara tisu maglinant(tisu kanser) atau tisu benign (tisu bukan kanser)dan juga dapat menganggarkan saiz tumor.




Pada permulaan proses pemeriksaan, pesakit akan diberi suntikan ubat radiopharmaceutical yang berasaskan glukos atau dikenali sebagai FDG (Fludeoxyglucose) yang beradioaktif. Radiopharmaceutical adalah sebagai trancer dan selalu yer radiotrancer yang digunakan ialah Fluorine-18 yang mempunyai jangka hayat selama 110 minit.





Pesakit kemudian akan berehat selama 45 minit - 1 jam bertujuan untuk merehatkan otot-otot daripada aktiviti harian.

Setelah satu jam , pesakit ditempatkan ke dalam mesin PET-CT, biasanya berbaring dalam posisi terlentang dan lengan tangan berehat di sisi, atau diletakkan bersama-sama di atas kepala.




Proses pemeriksaan scan akan mengambil masa dalam 15-20 minit sahaja dan proses ini tidak menyakitkan

Kebanyakan pesakit boleh pulang segera selepas scan telah dilakukan. Doktor menyarankan pesakit untuk minum air dengan banyak supaya ubat radioaktif keluar dari sistem mereka lebih cepat. Radiotracers akan hilang sepenuhnya dalam masa tiga hingga empat jam selepas memasuki tubuh.

Diharap maklumat ini memberi gambaran serba sedikit bagaimana prosedur pesakit untuk menjalankan pemeriksaan untuk PET-CT scan.

p/s: gambar-gambar kebanyakkan sumber drpd google
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...