Pages

Wednesday, April 13, 2011

tragedi 4411 episod 1

Assalammualaikum & salam sejahtera,


huiii....jgn nak ngangkung pulak dgn num tu!!! hukum yer HARAM!!! huhuhuhuhu tragedi bertarikh tu.... Org kata "darah manis jgn keluar rumah selalu".. tapi saya dh selalu sgt keluar..setakat ni alhamdulillah..xder apa2..(susah sikit nk percaya kata2 ni., kalau nk jadi..jadi jugak)

Ok..sapa yg tak tau lagi tarikh ni kenapa..mengapa..siapa..apakah...???? Ketika dan waktu itu pada tgh hari buta (tgh hari pun boleh buta yer??) telah berlaku satu kejadiaan or tragedi yg sgt mengerikan... ketika tu baru ku teringat mati....(susah kalau kita hanya ingat mati ketika kesusahan) tp serius saya ingat saya akan koma or masuk icu untuk beberapa bulan. Alhamdullilah..semua selamat. Allah still love me right... Thanks to Allah, give reminders to me and thanks to Allah saved me from injuries from incident.



Episod bermula di sini


Episod 1


Saya dari rumah saya menuju ke rumah office yang terletak di subang jaya untuk mengambil staf-staf yang lain untuk ke office KL. Untuk pengetahuaan semua, saya ni kerja 2 tempat . Di JB dan KL. Makna yer saya berulang-ulang tiap-tiap minggu. Memandangkan office KL belum dibuka secara rasmi, kami hanya datang pada waktu tertentu sahaja. Nak jadikan kisah yer, saya balik KL kali ni dgn kereta saya. Alang-alang ada weeding my friend, lebih baik saya drive sendiri pulang terus ke rumah. Saya tak naik kenderaan company saya. Sekali gus saya terus bawa rakan-rakan office yang lain bersama dengan kawan saya sekali bersama-sama naik kereta comel saya tu.hehehe. Hari Isnin tu, kami harus pulang ke JB sebelum malam, dan sebelum itu kami pergi melawat Office di KL terlebih dahulu sebelum pulang.


Saya baru sahaja keluar dari subang jaya dan menyusur masuk ke Federal Highway.. dan ketika itu saya berada di lorong ke 2 dari kanan. Saya memandu seperti biasa. Jem di atas jalan baru nak bermula ketika itu (selalu yer selepas tol batu 3 shah alam, akan terdapat jem sedikit menuju ke KL) dan ketika itu pun saya terpikir kemungkinan tgh lunch hour, memang akan jem.



saat-saat cemas:


1) Tiba- tiba kawan saya di belakang menjerit, dan kereta saya terasa sgt berat untuk di kawal dan ketika itu saya hanya berserah sahaja apa nak jadi..jadilah..saya try untuk kawal kereta semula. tapi gagal dan menyebabkan saya terpusing menghadap pembahagi jalan.


2)Saat tgk pembahagi jalan dan saya dpt lihat dgn jelas yer kereta-kereta di jalan sebelah dari KL menuju ke Klang, saya tiba-tiba teringat peristiwa 10.10.10 di mana bas terjun ke seberang jalan akan berlaku juga pada kereta saya...dan airbeg pun keluar dengan jaya yer.... dan kereta saya betul-betul melintang mengadap jalan bertentangan dan masih di jalan yg sama.


3) Ketika ini saya melihat kereta-kereta dan lori betul-betul di hadapan saya, saya sedaya upaya untu keluar dari kereta (takut kena langgar kereta lain dan takut kereta meletup) dan usaha saya gagal keran pintu tidak boleh buka. Saya tendang pintu saya akhir yer terbuka. Nasib baik kereta saya tidak di langgar lagi dengan kereta yang lain. Alhamdulillah.... dan time tu juga semua kereta berhenti dan tukar laluan (sebab saya dh blok jalan)


Episod 2 :


Saya keluar kereta terus menuju kenderaan yg langgar saya..rupa-rupa yer Van. Saya terus marah-marah dia (rupayer saya marah pd org yg pangkat yer pakcik...kesian pakcik tu), dan ayat pertama yg keluar dr mulut saya



"Kenapa u langgar kereta I...kenapa..kenapa??? Saya nak balik JB ni!!!"


kenapa saya pikir nak balik JB??? huhuhuhu..itu pun saya tak tgk lagi kereta saya yg dh teruk sgt. Adakah patut saya marah pakcik tu..dan saya pun tak tgk keadaan kawan-kawan yg lain dlm kereta. tak patut sungguh!!.. tp masa tu memang cemas, bertambah dgn panas terik mentari membuat saya sangat marah. Di tgh-tgh eksiden dan jem tu. tiba-tiba boleh saya berjumpa kawan sekolah rendah saya. Dia terus berhentikan kenderaan dia dan tolong saya bawa kereta ke tepi.


Cerita ringkas:

- kereta saya di lorong ke 2



-van di lorong pertama

- menurut kata pemandu Van itu, kereta pertama brek secara tiba-tiba dan pemandu van tadi tanpa berfikir panjang terus masuk ke lorong saya -Andaian saya: mungkin dia tak perasan saya (blank spot)..tu la terus tukar lorong - kereta saya di heret beberapa meter....pastu saya hilang kawalan..terus langgar pembahagi jalan
-kereta saya berpusing sedikit menyebabkan cermin sebelah kiri pemandu pecah selepas langgar pembahagi jalan tu, kereta saya kena impak yg maksimum daripada pembahagi jalan dan meyebabkan kereta saya mengudur kebelakang dan berhenti mengadap jalan semula.



Cerita episod pertama sampai di sini.. byk lagi nak cerita..


p/s : semalam serabut blog...tak sempat nk betul kan..maaf
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...