Pages

Monday, August 16, 2010

ToLong Jgn SaMan sAye....Pakcik Polis




Alamak..dh terlambat...
Bawa kete still ikut peraturan mcm biasa, tp terlaju sikit..
Dr larkin ke kempas lepas tu menuju ke bukit indah.
Selesai bayar tol di tol perling, menyusur keluar ke bukit indah.
Kelajuan berkurangan apabila sampai di traffic light.Masih sempat lagi...releks..

Eh..kenape mcm jem di depan tu.ooo..polis buat roadblock. Ikut la satu lorong jer..satu lagi dh tutup jalan. Dalam hati tetiba berkata, kalau tetiba kena tahan..nak buat apa yer??? buat muka manis ker kata-kata manis?? ceh..boleh pulak berfikiran begitu sambil menunggu di line yg panjang.

akhir yer doa dlm hati tu termakbul..celupa betul tadi...
"Ke tepi- ke tepi" abang polis memberi arahan.. HAAAAAAA!!!!! terkejut sambil memandang abg polis india tu.betul ker kete saya. dlm kepala pikir..apa salah aku tadi yer..langgar lampu merah takder lah... bawa laju tadi kat highway...tak kan dh leh tembak kat sana kot... alamak dpt surat cinta di bulan puasa ini. Muka still cool lagi..tp hati dh cuak..hahahaha...



"cik.. keluarkan lesen dan ic"...kata abang polis yg sedang menunggu di tepi. Baik lah, saya pun keluar ic saya..tp mana lesen saya... Oh My Good.... oh..ader2..luper lak saya dh renew lesen sekali tukar gambar.

....dlm hati berkata... ker aku mcm budak tak cukup umur tuk aku drive kete myVi ni...sedang kan kat U.K pun aku dh layak bw kete MPV Galaxi..ni pulak nak bw kete myVi kat sini xlayak kene muka mcm budak2 (perasan lak)..hahaha..

"Ok..boleh jalan yer" .... tu jer..

last2 terkeluar jugak soklan kat abg polis ni..

" Nape saya kena tahan?? saya ader buat salah ker?? " (dh polis suruh jalan boleh lak tanya soklan lagi)

"ker muka saya mcm budak-budak lagi tak layak bw kete" (leh pulak kuar soklan cam ni.

"tak der apa-apa, kami saje jer nak tahan sebab takut ader yang tak bawa lesen dan I.C"

Ok..tu je jwpn yer. nampak sgt org tak percaya saya ni di atas umur walaupun saya ni pendek.

" terima kasih cik, selamat berpuasa" kata abg polis lagi..

Tetiba saya mcm heran....ooo xder apa-apa..tp kena tahan....

Saya pun bercerita lah kepada Mr J saya yang saya kena tahan oleh abang-abang polis tadi. Dia kata memang polis buat roadblock kat kawasan tu..sebab diaorang ni pelatih lagi..kat baju takder paku lagi... Diaorang tgh latihan la tu. Kalau saya lihat pun..ramai sgt polis roda-roda di kawasan tu..ingatkan kawasan tu adalah kawasan hitam, or kawasan baru...

Moral of story : Jangan bawa kete laju-laju walaupun dh lambat & sentiasa bawa lesen dan i.c walaupun di mana anda berada.

Saturday, August 14, 2010

BlackBerry Haram ker?????





Isu Blackberry kat negara kita tak lah sehangat seperti di negara luar. Lagipun kerajaan kita tidak mengharamkan pengunaan telefon ini kat Malaysia. Tp negara-negara arab, India dan Indonesia sedang mengkaji penggunaan telefon ini. Kenapa di haramkan penggunaan yer???? Saya pun kompius??? Cuba la untuk mencari fakta-fakta mengapa di Google.

Apa yg saya baca mengenai Blackberry ni, telefon ini mengancam keselamatan negara. Satu-satunya telefon yang menyampaikan maklumat pengguna secara automatik kepada pusat data di luar negara. RIM memberi panduan pengguna membuang perisian yang membolehkan pihak luar memeriksa Blackberry mereka. TRA menekankan, peralatan BlackBerry beroperasi di luar undang-undang tempatan kerana ia menghantar data ke negara luar untuk diuruskan pertubuhan komersial asing. Untuk pengetahuan semua, pusat data yer berpekalan di Kanada.

Cerita yg menarik perhatian saya ketika membaca Berita harian on-line di halaman dunia dimana India mahu menutup Google dan skype setelah blackbarry menjadi isu.

Kelmarin, kerajaan India menjadi negara terbaru daripada beberapa negara yang mengugut untuk menamatkan perkhidmatan emel dan mesej berkod BlackBerry kendalian Research in Motion (RIM) jika syarikat Kanada itu tidak menangani kebimbangan daripada segi keselamatan.

India menetapkan 31 Ogos ini sebagai tarikh akhir penyelesaian isu berkenaan kepada RIM. Ia mahu capaian dalam format boleh dibaca komunikasi kod BlackBerry, atas alasan ia mungkin digunakan militan.
Militan berpusat di Pakistan menggunakan telefon bimbit dan satelit dalam serangan Mumbai 2008 yang mengorbankan 166 orang.

Tuntutan India diikuti satu perjanjian dengan Arab Saudi dan satu sumber berkata, RIM bersetuju untuk memberi pihak berkuasa kod pengguna mesej BlackBerry. Emiriah Arab bersatu (UAE), Lubnan dan Algeria turut memohon capaian itu.

Pihak berkuasa berkata, RIM mencadangkan pengesanan emel tanpa berkongsi perincian berkod, namun itu tidak mencukupi.

FT melaporkan, wakil daripada dua persatuan pengendali telekomunikasi yang hadir mengesahkan perincian pertemuan itu awal bulan ini.

“Pada mesyuarat keselamatan terakhir, mereka bercakap mengenai BlackBerry. Mereka juga membuat tuntutan terhadap Skype dan Google,” kata Rajesh Chharia, Presiden Persatuan Penyedia Perkhidmatan Internet India.



Negara-negara ini menuntut RIM (Research In Motion- is the company behind the BlackBerry® brand) untuk membuka pengkalan data di negara masing-masing. Ini termasuklah Indonesia.

Ini adalah satu ancaman teknologi terkini. Tetapi sebenarnya bergantung pada pengguna itu sendiri nak manfaatkan atau untuk keburukkan untuk diri sendiri.


Friday, August 13, 2010

Jalan Raya di Bulan Puasa




Last year, dia atas jalan raya Federal Highway "benci yer bulan pose ni" . Oh ..bukan saya benci bulan ramadhan yang mulia ini, tp saya benci kesesakkan lalu lintas yang luar biasa bila tiba bulan puasa. Ini disebabkan oleh rakyat malaysia yang bekerja memilih untuk datang awal dan pulang awal dr tempat kerja. Jem yer jgn di kata, memang susah nak digambarkan. Selama saya 2 tahun melalui jalan itu, bulan puasa adalah bulan paling menguji kesabaran saya. Selalu yer, kalau pekerja swasta ader masa tertentu untuk datang office contohnye pukul 8.30 am, ada yg memilih 9.00 am untuk mengurangkan kesesakan untuk ke tempat kerja pada masa puncak.Tp kalau semua dh pilih untuk datang pukul 8.00 am pulang 5.00 pm dan di tambah dengan pekerja kerajaan pukul 7.30 am dan pulang pukul 4.30 p.m pada bulan puasa ini, bukan mcm sardin ker atas jalan raya. Saya toleh kanan, toleh kiri, tgk di hadapan mostly rakyat malaysia lebih suka bawa kereta sendiri. 1 kete 1 orang (mcm slogan pulak)termasuklah saya sendiri. Bukan tak nak naik kenderaan awam, tp laluan adalah berbeza dan masa tidak tetap. Kalau hujan...lagi teruk jem yer. Kalau ader roti boleh jugak saya sapu kan jem ni. Selalu yer saya akan keluar rumah se awal 6.20 am untuk sampai tempat kerja sebelum pukul 8.00 am. Bukan jauh pun Klang ke Petaling Jaya.




-by star-


Itu cerita setahun yang lepas, tahun ni pagi-pagi di bulan puasa ini "waaaa.....best yer jalan ni..mcm public holiday pulak" hehehe. itulah realiti sekarang. oh..tp ini bukan di atas jalan raya bernama 'Federal Highway' di Kuala Lumpur. Tp di atas jalan raya bernama jalan tasik utara melalui hutan bandar ke office saya. Kalau ikut jalan sebenar ke Johor Bharu, memang lah jem..tp di sebabkan saya melalui jalan altenatif ke office yg tak samapi 20 min tu, memang tidak memeningkan kepala. Sampai office tak der lah serabut. Hari biasa, ader jugak la sesak yer, tak la samapi saya tension. Mungkin di bulan puasa ini ramai yang masuk ke office awal untuk pulang ke rumah awal. Oleh itu, time saya pergi office... tenang seperti public holiday. Untuk pengetahuan pembaca, saya masuk office pukul 8.30 am.


Cerita jalan sudah... cerita puasa di perantauan. Sangat la peratauan yer.. mcm dulu tak pernah duduk JB. Oh 2 tahun lepas saya duduk di skudai, tahun ni saya duduk di Johor bharu dengan suasana yg berbeza sikit. Kalau dulu, duduk dlm kampus, tempat makan tak payah gaduh..mesti ader yer cafe untuk pergi sahur. Tp kali ini susah nak pergi sahur..lagi-lagi saya malas nak keluar sorang2. bahaya..perempuan. Dulu dlm campus boleh la nak pergi sorang-sorang, keselamatan masih terjamin (tipu la saya pergi makan sorang-sorang)hehehe. Di sebabkan baru jer duduk sini, saya pun terkial-kial mencari bazar Bazar Ramadhan sorang-sorang. Akhir yer jumpe juga yang berdekatan dgn rumah. Lepas ni saya akan datang selalu la. Malas nak cr tempat lain.

Tuesday, August 10, 2010

Selamat datang Ramadan....

Ya Allah



Jadikan aku di bulan ini kesabaran yang tinggi,
Untuk aku menahan nafsu godaan dunia..


Jadikan aku di bulan ini kekuatan diri yang teguh,
Untuk aku beramal ibadat kepadaMu..


Jadikan aku di bulan ini keikhlasan yang tulus,
Untuk aku mencari keredaanMu..


Jadikan aku di bulan ini hambaMu yang bersyukur,
kerana Engkau menemukan ku kembali dgn bulan Ramadan..







Salam Ramadan semua,

Di bulan mulia ini, marilah kita berlumba-lumba mempergandakan pahala puasa.

Sesungguhnya bulan ini adalah bulan yang dilimpahkan segala kerahmatan dan kasih sayang Allah kepada hamba-hambanya. Pesanan ini adalah ingatn untuk saya dan kawan-kawan sekalian..



Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua. Jangan poteng yer !!!

Monday, August 9, 2010

After 7 months...



Fuh.....lama giler tak update blog ni... dh bersawang dah...
sekarang ni boleh la update selalu blog..dgn masa yg bergitu free sesangat..tak la sibuk seperti selalu.

setelah sekian lama tak update..byk cerita tak update...
about my friends... dh ader yg kawin...
about my career.... dh bertukar jauh di selatan tanah air
about my holiday... yeh..dh jejak kaki di tempat lain...


Blog ni campur aduk semua...insyaallah, saya akan cuba publish kan yg bermanfaat di blog ini.
cerita-cerita yg berfaedah...cerita pengajaran...dan cerita-cerita ilmu dunia dan akhirat...

to all my friends yg belum tahu lagi...
saya sudah berpindah di Johor Bharu..
Kerje Baru...kenapa tukar???
Sebab saya nak belajar bende baru...
Tempat lama bukan tak best....
Tapi kita kena move forward for our career
Searching new life..



This pic from my office..tinggi tu..tingkat 33A or 34..
Boleh nampak tambak johor dan singapore..




Oh yer..pagi tadi saya telah eksiden dgn tiang..abis kete saya.. Tahun lepas 2 hari sebelum puasa, cermin tingkap pecah di sebabkan pemesin rumput yang tidak berhati2 ketika memotong mesin rumput..tu baru dpt kete 5 bulan... tapi untuk tahun ni, 2 hari sebelum puasa jugak saya telah langgar tiang sebelum selekoh..kemek pintu belakang...ingatkan org langgar saya..tapi saya langgar tiang...cian Mr WSK saya tu....huhuhu...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...